kerutan di dahi
Apabila munculnya kerutan dan garis halus pada wajah adalah salah satu tanda penuaan. Kerutan dan garis halus pada wajah terjadi adalah kerana kekurangan kolagen pada kulit wajah. Kolagen adalah merupakan protein yang menyumbang kepada 75% berat kepada kulit yang sihat. Apabila usia kita makin meningkat, tahap penghasilan kolagen akan berkurangan.
garis halus di wajah
Langkah mencegah kerutan di dahi dan muka;
- Hindari berada di bawah sinar matahari secara langsung dalam tempoh yang lama. Ini lah penyebab nombor satu yang akan menimbulkan bermacam masalah terhadap wajah korang antaranya kerutan dan garis halus. Langkah melindungi kulit muka dari terdedah secara langsung harus diambil seperti penggunaan sunscreen.
- Minum banyak air. Kekurangan air merupakan penyebab utama yang kedua menyebabkan kedutan dan garis halus di wajah korang. Untuk kulit kekal lembap dan anjal, seseorang itu memerlukan pengambilan air yang cukup. Sekiranya pengambilan air tidak mencukupi akan menyebabkan kulit wajah kurang keanjalannya dan akhirnya menyebabkan kedutan dan garis halus muncul.
- Berhenti merokok. Merokok merupakan penyebab penuaan awal pada kulit terutamanya mengurangkan bekalan darah dan nutrien dalam kulit. Ini akan menyebabkan kulit wajah kehilangan keanjalannya. Merokok akan menyebabkan munculnya kerutan dan garis halus di hujung mata dan bibir.
- Cukup tidur. Ketika kita kurang tidur, tubuh kita akan menghasilkan banyak hormon kortisol atau hormon yang berkaitan dengan stress yang mampu merosakkan sel-sel kulit. Sekiranya kita dapat tidur dengan secukupnya, tubuh badan mampu menghasilkan pertumbuhan sel-sel baru yang sihat dan anjal.
- Makan makanan seimbang. Perbanyakkan sumber vitamin dari sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan serta sumber vitamin dari kekacang dan biji-bijian kerana membantu dalam mecegah penuaan kulit.
- Penggunaan sunscreen secara berkala. Biasakan penggunaan sunscreen sebelum keluar rumah dengan menggunakannya setengah jam sebelum keluar, kemudian digunakan lagi selepas beberapa jam kemudian.
Jadi sekarang selain dari mengambil langkah-langkah penjagaan seperti di atas, kita seharusnya menitikberatkan penjagaan muka dari luaran juga seperti menggunakan produk penjagaan muka. Pastikan produk muka yang dipilih adalah selamat dan tidak memudaratkan kerana produk yang dikhuatiri mempunyai bahan-bahan terlarang atau bahan-bahan kimia mampu merosakkan sel-sel kulit dan mendatangkan pelbagai masalah pada kulit muka. Produk yang selamat dan semulajadi adalah yang terbaik untuk memperbaiki dan memberi nutrien-nutrien penting dalam penjagaan sel-sel kulit muka.
Youth merupakan produk penjagaan muka semulajadi dari bahan botani yang hebat yang mampu menangani penuaan pada tahap selular. Produk-produk yang dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin akan dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.
Selain itu kunci kepada kulit kelihatan cantik dan kelihatan lebih muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat.
Berbeza dengan produk-produk lain. Teknologi dari Shaklee bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit kita.
Pemulihan dari tahap sel. Hebatkan!. Sel kulit muka yang sihat akan memancarkan kecantikan semulajadi wajah anda.
Ok belek muka anda dalam cermin. Nampak seperti tiada cela tapi mesti ada garis-garis halus dan kedutan. Atasi dengan bijak dengan memilih YOUTH.
Hubungi saya Rosyati- 0196030603 untuk khidmat konsultasi ke atas produk penjagaan muka YOUTH dan vitamin-vitamin SHAKLEE pilihan anda hari ini!
No comments:
Post a Comment