Popular Posts

Wednesday, May 2, 2018

Labour day @ Ikea Tebrau

Semalam lepas ambik Along balik sekolah..

Along : esok “New year”. Teacher cakap cuti!!
Ibu : O yeke OK..(iya kan jela apa anak cakap). 
Kalau die excited bagitahu apa-apa macamtu, Adalah tu letter teacher selit dalam fail untuk parents baca. 

Rupanya esok nya tu 1 Mei. Cuti umum “Labour day rupanya”..nasib baik ibu tengok cepat surat teacher bagi tu. Kalau tgk lambat-lambat mesti dah pergi hantar Along pergi sekolah pagi-pagi. 

1 Mei 2018

Ayah tanya nak pergi mana hari ni?. Ibu laju je cakap Ikea jom!..sebab belum pernah pergi Ikea Tebrau ni sejak pembukaan dia pada Nov tahun lepas. Kebetulan nak cari barang juga dekat situ.

Entri ni just nak cerita pasal jalan-jalan kat Ikea ni. Arini kan public holiday “labour day”. Tentula ramai orang yang mengunjungi Ikea. Sampai Ikea time tu pukul 11.00 pagi camtu la. Terus naik sampai tingkat 2 untuk window shopping. Makaih masuk-masuk terus nampak food court...ramainya umat tengah makan kat food court dia. Ni makan pagi ke makan tengahari? 😄.

Besar Ikea ni. Mengah jugakla nak pusing-pusing dalam tu. Mana taknya Ikea Tebrau ni adalah Ikea yang paling besar di Asia Tenggara. 


Teringat dulu-dulu masa mula-mula Ikea ada dan jalan-jalan kat sana, tak faham sebenarnya konsep Ikea ni jual barang. Dahla jalan pusing-pusing, ada showroom, ade section barang-barang dan akhir sekali tiba-tiba masuk gudang???hahahha. Itu dulu lah..sekarang faham dah camne konsep shopping diorang ni...hihi. Ramai orang suka konsep modern sekarang ni kan kalau hias rumah. Ikea memang tempatnya untuk shopping. Showroom diorang memang banyak bagi idea untuk kita hias rumah. Sistem buat payment kat counter pon lain sikit sebab duit kertas dan syiling kene masukkan dalam mesin duit. Duit baki pon keluar ikut mesin tu. Cashier tinggal tekan-tekan je kat monitor. Hebat..hebat..

sambil beratur, wefie sikit


Lepas jalan-jalan pusing, biasalah perut dah mintak diisi la kan untuk lunch. Sebelum ni pernah makan sekali je kat Ikea Damansara. Itupun husband yang beratur beli makanan time tu. Kali ni, malas nak makan kat luar sebab dah ada di Ikea, so kitorang decide makan kat sini jela. Saya yang beratur untuk beli makanan. Dah bayar dan tengok bil, mahal juga makan dekat sini.

Roasted Half Spring Chicken (14.90)
Lamb Shank (RM29.90)
Chicken Wings 4 pcs (RM11.50)
Meatballs (RM15)
Mushroom Soup (RM4.20)
Strawberry Cheese Cake (RM7.90)
Biscuit (RM5.30)
Mix Nuts (RM6.90)


Bila tengok bil semula, rupanya berapa banyak cawan kita ambil, banyak itu kuantiti air yang kita beli. Contoh saya ambil 2 gelas kopi dan 2 gelas besar air. Jadi dikira saya beli 2 cawan kopi (RM2 x 2) dan 2 gelas air (air gas atau air manis yang disediakan) (RM2 x 2). Oh begitu...saya ingatkan kita boleh ambil berapa banyak gelas kosong di situ tanpa bayaran. Kalau tahu takdelah ambil gelas banyak-banyak...patutla bil terasa mahal. Bekas yang kita minta diletakkan meatball pon dikira juga. Lamb die memang sedap sebab dagingnya lembut dan kuah pon sedap. Strawberry cheese cake die pon sedap sangat. Rugi tak cuba. Yang lain-lain biasa-biasa sahaja.

Step Stool (RM149) bersama model cilik

Lepas pusing-pusing window shopping, berkenan dengan step stool ni. So ni jela barang yang dibeli kat sana. Step Stool ni memang dah lama nak beli letak di dapur. Untuk kegunaan lain pon boleh juga. Senangkan anak-anak kalau nak basuh tangan ke, nak cuci pinggan ke nak masak-masak ke. Memang ada niat nak ajar anak sulung masak dan bantu-bantu di dapur. Anak lelaki biar diajar dari kecil buat kerja-kerja perempuan ni, esok besar senang tak perlu nak diajar dan boleh berdikari. Esok kahwin pon ringan tulang bantu isteri. Tak kekok buat kerja dapur.

Sekian sahajalah entri kali ini, kesimpulannya seronok cuci mata window shopping kat Ikea ni. Boleh cilok Idea menghias rumah dan berangan-berangan ada bilik-bilik showroom macam diorang dekat rumah. Makan kat sini bagi saya biasa-biasa jela. Mahal sama je macam kat luar. Cuma satu je. Bila baca-baca nak buat entri blog pasal Ikea tebrau ni, baru tahu ade tempat mainan kanak-kanak dekat situ namanya “Smaland”. Hahahah masa pergi tu tak perasan langsung. Xpela next time pergi lagi, mesti masuk Smaland ni. InsyaAllah. Ok babai..





No comments:

Post a Comment