Popular Posts

Friday, April 27, 2018

Bagaimana ESP boleh memambahkan susu badan?


Kelebihan ESP


Kalau nak tahu ESP ini adalah makanan tambahan pertama yang saya cuba dari Shaklee. Saya ambil ketika dalam pantang anak pertama. Alhamdulillah..ESP banyak membantu saya dalam melalui proses berpantang.

Kenapa saya cakap macam tu ? Kenapa saya tak cakap lepas minum ESP terus susu badan saya jadi meriah ? Kenapa saya tak khusus kan pada ESP membantu meningkatkan pengeluaran susu saya je ? (rujuk tajuk post ☝🏻).

Sebab sebenarnya banyak faktor yang boleh meningkatkan pengeluaran susu badan seseorang ibu tu. Bukan sebab makan atau minum makanan tambahan je. 

Post kali ni nak cerita dengan mudah tentang bagaimana minum ESP dapat bantu meningkatkan pengeluaran susu. Sebab saya pon pernah tertanya-tanya tentang soalan ini dulu. Yeke boleh? Makan supplement terus susu banyak ?? Jom baca 





Ok, macam mana ESP Shaklee dapat bantu tambah susu ibu?


Oleh kerana ESP ni membakar gula dalam kadar yang perlahan, ia mampu untuk membekalkan tenaga dalam jangka masa yang panjang. Jadi ESP membantu ibu bersalin untuk kekal bertenaga sepanjang hari walaupun sibuk menguruskan diri dan  bayi dalam proses berpantang.
Ibu yang tidak letih dan stress dalam berpantang atau pun bila-bila masa akan membantu sistem di dalam badan untuk meningkatkan pengeluaran susu.
Di samping itu, ESP membantu pengeluaran susu ibu yang berkualiti dan berkhasiat. Kandungan susu ibu sebenarnya adalah tinggi protin dan kalsium. Mungkin disebabkan ibu masih lemah dan tak mendapat makan yang cukup, bekalan protin adalah berkurangan. Jadi ESP yang mengandungi protin tulen ni memberi sumber protin yang secukupnya kepada ibu serta bayi yang disusukan.
Fungsi protin untuk bayi sangat banyak. Protin membina sel-sel badan dan otot. Jadi pentinglah protin yang ibu ambil tu cukup dan berkualiti.


Apa kandungan ESP Shaklee lagi yang bagus untuk ibu menyusu tambah susu,dan untuk bayi?


Selain protin, di dalam ESP Shaklee ada kalsium dan vitamin B juga.
Fungsi Kalsium untuk ibu menyusu dan bayi
Ibu-ibu mesti tahu, kalsium penting untuk tumbesaran bayi kita. Mana nak dapat supply kalsium kalau tak dari susu ibu. Kalau ibu pun tak cukup, bayi terjejas, ibu sendiri turut terjejas. Mudah sakit badan, gigi tak kuat, pembesaran bayi boleh terbantut. Jadi dalam nak tambah susu badan tu, penting juga cukupkan bekalan kalsium untuk diri.
Fungsi Vitamin B untuk ibu menyusu dan bayi
Vitamin B penting untuk pembinaan sel darah merah juga mengawal saraf. Vitamin B juga membantu elak meroyan dan kawal stress. Jadi, ibu dapat menyusu dengan tenang dan menghasilkan susu lebih banyak.
Vitamin B juga sebenarnya berfungsi convert makanan kepada tenaga. Tip paling penting untuk tambah susu badan adalah ibu itu sendiri sihat, bertenaga dan mood happy !
Sekarang jelas tak bagaimana ESP boleh bantu meningkatkan susu ibu ? semoga entri saya kali ini bermanfaat kepada anda supaya lebih jelas tentang fungsi ESP di dalam tubuh badan anda. 
Jika berminat ingin tahu lebih lanjut tentang produk ESP yang laku keras ni, bole pm saya. Begitu juga jika berminat terhadap produk-produk Shaklee yang lain. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment