Popular Posts

Wednesday, May 30, 2018

Bagaimana Vitamin C boleh singkirkan toksin


Banyaknya jerawat keluar..

Yang lama tak kecut lagi dah timbul jerawat baru pula. Tau tak sebab apa??

Ha bersempena dengan promosi hebat yang sedang berlangsung sekarang, saya nak bagi sedikit info pada korang tentang kelebihan Vitamin C marvelous ni.

Diskaun 10% ke atas pembelian 
3 botol Sustained Release Vitamin C Shaklee 




Apa yang keluar kat muka kita tu semua datang dari apa yang kita makan. Dari apa yang ada dalam badan kita iaitu sisa toksin daripada pemakanan kita yang tidak sihat contohnya makanan yang ada bahan pengawet dan bahan pewarna.

Jadi kalau nak kulit sihat, bersih flawless kenalah singkirkan toksin dalam badan tu. Lawan toksin adalah antioksidan.

Vitamin C kaya dengan antioksidan yang badan kita perlukan untuk singkirkan toksin jahat ni.


Bagaimana vitamin c berfungsi?


3 Cara Vitamin C Membersihkan toksin


Cara 1


Vitamin C merupakan vitamin larut air (dapatkan vitamin c semulajadi seperti Vita C Sustained Release Shaklee) mudah bergerak ke seluruh sel dalam badan, membersihkan segala kotoran dari sel badan dan seterusnya menyingkirkan toksin.

Apabila badan sudah menyerap vitamin C yang ia perlukan, selebihnya akan disingkirkan kembali melalui urin atau najis bersama-sama toksin.



Cara 2


Pengambilan Vitamin c dapat membantu meningkatkan glutathione iaitu sebatian hati yang sangat penting untuk menyingkirkan dan membersihkan toksin dalam badan.



Cara 3


Vitamin C membantu badan untuk menghadam segala macam toksin yang sebelum ini tidak terhadam.

Jadi sebab itulah pengambilan vitamin C juga boleh membuatkan kulit cantik. Kalau kulit kita pucat, kusam, berjerawat maka kemungkinan besar badan kita mempunyai banyak toksin. Peranan vitamin C bukan sahaja penggalak kolagen semulajadi malah turut berfungsi penting untuk membersihkan kotoran pada sel-sel badan.


Di bawah saya sertakan demo bagaimana Vitamin C Shaklee iaitu vitamin C larut boleh menyingkirkan toksin dalam badan kita.






wow best kan bila dapat tahu apa yang vitamin c mampu lakukan. Pm saya laju-laju kat sini untuk dapat kan vitamin C korang.


Rosyati SID 1282281

No tel: 0196030603

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Skudai


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=836ccf4ecb989664447ee7a7b220707f
Sustained Release Vita-C Plus








Friday, May 11, 2018

Langkah-langkah tidak mahu kerutan dan garis halus muncul di wajah



kerutan di dahi

Apabila munculnya kerutan dan garis halus pada wajah adalah salah satu tanda penuaan. Kerutan dan garis halus pada wajah terjadi adalah kerana kekurangan kolagen pada kulit wajah. Kolagen adalah merupakan protein yang menyumbang kepada 75% berat kepada kulit yang sihat. Apabila usia kita makin meningkat, tahap penghasilan kolagen akan berkurangan.



garis halus di wajah


Langkah mencegah kerutan di dahi dan muka;

  • Hindari berada di bawah sinar matahari secara langsung dalam tempoh yang lama. Ini lah penyebab nombor satu yang akan menimbulkan bermacam masalah terhadap wajah korang antaranya kerutan dan garis halus. Langkah melindungi kulit muka dari terdedah secara langsung harus diambil seperti penggunaan sunscreen.
  • Minum banyak air. Kekurangan air merupakan penyebab utama yang kedua menyebabkan kedutan dan garis halus di wajah korang. Untuk kulit kekal lembap dan anjal, seseorang itu memerlukan pengambilan air yang cukup. Sekiranya pengambilan air tidak mencukupi akan menyebabkan kulit wajah kurang keanjalannya dan akhirnya menyebabkan kedutan dan garis halus muncul.
  • Berhenti merokok. Merokok merupakan penyebab penuaan awal pada kulit terutamanya mengurangkan bekalan darah dan nutrien dalam kulit. Ini akan menyebabkan kulit wajah kehilangan keanjalannya. Merokok akan menyebabkan munculnya kerutan dan garis halus di hujung mata dan bibir.
  • Cukup tidur. Ketika kita kurang tidur, tubuh kita akan menghasilkan banyak hormon kortisol atau hormon yang berkaitan dengan stress yang mampu merosakkan sel-sel kulit. Sekiranya kita dapat tidur dengan secukupnya, tubuh badan mampu menghasilkan pertumbuhan sel-sel baru yang sihat dan anjal.
  • Makan makanan seimbang. Perbanyakkan sumber vitamin dari sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan serta sumber vitamin dari kekacang dan biji-bijian kerana membantu dalam mecegah penuaan kulit. 
  • Penggunaan sunscreen secara berkala. Biasakan penggunaan sunscreen sebelum keluar rumah dengan menggunakannya setengah jam sebelum keluar, kemudian digunakan lagi selepas beberapa jam kemudian.

Jadi sekarang selain dari mengambil langkah-langkah penjagaan seperti di atas, kita seharusnya menitikberatkan penjagaan muka dari luaran juga seperti menggunakan produk penjagaan muka. Pastikan produk muka yang dipilih adalah selamat dan tidak memudaratkan kerana produk yang dikhuatiri mempunyai bahan-bahan terlarang atau bahan-bahan kimia mampu merosakkan sel-sel kulit dan mendatangkan pelbagai masalah pada kulit muka. Produk yang selamat dan semulajadi adalah yang terbaik untuk memperbaiki dan memberi nutrien-nutrien penting dalam penjagaan sel-sel kulit muka. 

Youth merupakan produk penjagaan muka semulajadi dari bahan botani yang hebat yang mampu menangani penuaan pada tahap selular. Produk-produk yang dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin akan dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Selain itu kunci kepada kulit kelihatan cantik dan kelihatan lebih muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat.




Berbeza dengan produk-produk lain. Teknologi dari Shaklee bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit kita.

Pemulihan dari tahap sel. Hebatkan!. Sel kulit muka yang sihat akan memancarkan kecantikan semulajadi wajah anda.

Ok belek muka anda dalam cermin. Nampak seperti tiada cela tapi mesti ada garis-garis halus dan kedutan. Atasi dengan bijak dengan memilih YOUTH.

Hubungi saya Rosyati- 0196030603 untuk khidmat konsultasi ke atas produk penjagaan muka YOUTH dan vitamin-vitamin SHAKLEE pilihan anda hari ini!




Thursday, May 3, 2018

Suri rumah nak cari bisnes tapi tidak sesuai dengan keadaan - tak pening lagi, dah jumpa yang sesuai




Duduk sahaja di rumah menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Ada sedikit masa, jengah laman sosial, melihat rakan-rakan media sosial berniaga secara online.

Terdetik juga di hati. Nak berniaga seperti mereka. Lama-lama duduk di rumah tidak buat apa-apa, sampai satu masa bosan juga dan rasa ingin membuat sesuatu. Sambil menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, boleh mencari pendapatan sampingan.

Dengan..


  • keadaan kos sara hidup sekarang yang tinggi,
  • perasaan serba salah kepada ayah ibu kerana tidak memberi duit belanja,  
  • perasaan ingin ada duit poket dan saving sendiri,
  • nak membeli tertahan-tahan sebab kene minta duit suami,
  • kalau nak kerja, kena bayar duit upah mengasuh anak,
  • perasaan cemburu pada rakan-rakan yang mampu menjana pendapatan, 


semua ini terasa seperti memberi tekanan kepada kita hari demi hari. 

Bila ingin mula berniaga, bukan senang juga sebab banyak faktor yang perlu dipertimbangkan seperti

Nak...


  • keluar masuk dan hantar bungkusan ke pejabat pos dengan anak-anak kecil yang ramai,
  • COD barang terkejar-kejar masa,
  • kena simpan stok banyak-banyak di rumah,
  • kena ade modal yang banyak,


Jadi, niat untuk memulakan perniagaan terbantut kerana memikirkan perniagaan yang sesuai dengan keadaan kita.



Anda ada dilema macam saya??

Mulai dari hari ini, anda tidak perlu lagi berfikir panjang sebab saya sudah pun memulakannya. Sekian lama saya mencari-cari, akhirnya saya sudah jumpa dengan perniagaan yang memang boleh atasi masalah-masalah saya di atas atau menepati dengan kehidupan saya. Shaklee adalah perniagaan yang amat mudah untuk melaksanakannya.

Dengan Shaklee


  • Tak perlu simpan stok banyak-banyak di rumah
  • buat tempahan melalui online sahaja
  • modal hanya RM68.90 untuk menjadi ahli
  • pengeposan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat
  • tak makan gaji pon mampu dapat bonus


Ingin tahu bagaimana sistem bonus Shaklee?


sistem bonus Shaklee

Jika anda berusaha lebih, lebihla bonus yang akan diterima di samping mendapat untung runcit. Perniagaan Shaklee adalah perniagaan yang sangat adil dan patuh syariah. Di Shaklee, sekiranya downline sahaja yang bekerja keras, upline tidak, upline tidak layak untuk mendapat bonus. Produk Shaklee juga jelas dan bukan sekadar satu perjanjian yang mana tiada produk yang ditawarkan atau produk yang ditawarkan tidak jelas. Dan yang penting anda menjual produk yang terkenal dan berkualiti dan berasaskan kajian dan saintifik di belakangnya. Tidak perlu ragu.

Oleh itu saya sekarang sedang mencari rakan perniagaan yang berminat dan komited untuk menyertai "TEAM IGNITE" yang kini sedang berkembang. Di harap dengan permulaan langkah anda memilih kami dapat mengubah hidup anda 360 darjah. Bersama-sama kita mengimpikan pendapatan 4 ke 5 angka sebulan, malah lebih lagi anda mampu perolehi. Telah ramai jutawan telah dilahirkan oleh syarikat ini dan bonus-bonus lain yang menarik menanti anda.



Tidak tahu bagaimana nak buat ?

Jangan risau, bimbingan mentor-mentor sentiasa ada dan kelas-kelas online akan dapat memberi anda lebih banyak ilmu untuk membantu dan menyokong perniagaan anda yang tidak mungkin anda dapat di luar sana dengan PERCUMA. Ya percuma! tidak perlu bayar untuk masuk kelas dan melalui online sahaja secara santai.


kelas-kelas online disediakan


Mudahnya Shaklee.. 

Jangan teragak-agak ! kerana anda tidak akan tentu menyesal. Hubungi saya sekiranya anda berminat dan ingin mengubah hidup anda.

Rosyati
whatsapp: 0196030603
facebook: Rosyati Kadis








Wednesday, May 2, 2018

Labour day @ Ikea Tebrau

Semalam lepas ambik Along balik sekolah..

Along : esok “New year”. Teacher cakap cuti!!
Ibu : O yeke OK..(iya kan jela apa anak cakap). 
Kalau die excited bagitahu apa-apa macamtu, Adalah tu letter teacher selit dalam fail untuk parents baca. 

Rupanya esok nya tu 1 Mei. Cuti umum “Labour day rupanya”..nasib baik ibu tengok cepat surat teacher bagi tu. Kalau tgk lambat-lambat mesti dah pergi hantar Along pergi sekolah pagi-pagi. 

1 Mei 2018

Ayah tanya nak pergi mana hari ni?. Ibu laju je cakap Ikea jom!..sebab belum pernah pergi Ikea Tebrau ni sejak pembukaan dia pada Nov tahun lepas. Kebetulan nak cari barang juga dekat situ.

Entri ni just nak cerita pasal jalan-jalan kat Ikea ni. Arini kan public holiday “labour day”. Tentula ramai orang yang mengunjungi Ikea. Sampai Ikea time tu pukul 11.00 pagi camtu la. Terus naik sampai tingkat 2 untuk window shopping. Makaih masuk-masuk terus nampak food court...ramainya umat tengah makan kat food court dia. Ni makan pagi ke makan tengahari? 😄.

Besar Ikea ni. Mengah jugakla nak pusing-pusing dalam tu. Mana taknya Ikea Tebrau ni adalah Ikea yang paling besar di Asia Tenggara. 


Teringat dulu-dulu masa mula-mula Ikea ada dan jalan-jalan kat sana, tak faham sebenarnya konsep Ikea ni jual barang. Dahla jalan pusing-pusing, ada showroom, ade section barang-barang dan akhir sekali tiba-tiba masuk gudang???hahahha. Itu dulu lah..sekarang faham dah camne konsep shopping diorang ni...hihi. Ramai orang suka konsep modern sekarang ni kan kalau hias rumah. Ikea memang tempatnya untuk shopping. Showroom diorang memang banyak bagi idea untuk kita hias rumah. Sistem buat payment kat counter pon lain sikit sebab duit kertas dan syiling kene masukkan dalam mesin duit. Duit baki pon keluar ikut mesin tu. Cashier tinggal tekan-tekan je kat monitor. Hebat..hebat..

sambil beratur, wefie sikit


Lepas jalan-jalan pusing, biasalah perut dah mintak diisi la kan untuk lunch. Sebelum ni pernah makan sekali je kat Ikea Damansara. Itupun husband yang beratur beli makanan time tu. Kali ni, malas nak makan kat luar sebab dah ada di Ikea, so kitorang decide makan kat sini jela. Saya yang beratur untuk beli makanan. Dah bayar dan tengok bil, mahal juga makan dekat sini.

Roasted Half Spring Chicken (14.90)
Lamb Shank (RM29.90)
Chicken Wings 4 pcs (RM11.50)
Meatballs (RM15)
Mushroom Soup (RM4.20)
Strawberry Cheese Cake (RM7.90)
Biscuit (RM5.30)
Mix Nuts (RM6.90)


Bila tengok bil semula, rupanya berapa banyak cawan kita ambil, banyak itu kuantiti air yang kita beli. Contoh saya ambil 2 gelas kopi dan 2 gelas besar air. Jadi dikira saya beli 2 cawan kopi (RM2 x 2) dan 2 gelas air (air gas atau air manis yang disediakan) (RM2 x 2). Oh begitu...saya ingatkan kita boleh ambil berapa banyak gelas kosong di situ tanpa bayaran. Kalau tahu takdelah ambil gelas banyak-banyak...patutla bil terasa mahal. Bekas yang kita minta diletakkan meatball pon dikira juga. Lamb die memang sedap sebab dagingnya lembut dan kuah pon sedap. Strawberry cheese cake die pon sedap sangat. Rugi tak cuba. Yang lain-lain biasa-biasa sahaja.

Step Stool (RM149) bersama model cilik

Lepas pusing-pusing window shopping, berkenan dengan step stool ni. So ni jela barang yang dibeli kat sana. Step Stool ni memang dah lama nak beli letak di dapur. Untuk kegunaan lain pon boleh juga. Senangkan anak-anak kalau nak basuh tangan ke, nak cuci pinggan ke nak masak-masak ke. Memang ada niat nak ajar anak sulung masak dan bantu-bantu di dapur. Anak lelaki biar diajar dari kecil buat kerja-kerja perempuan ni, esok besar senang tak perlu nak diajar dan boleh berdikari. Esok kahwin pon ringan tulang bantu isteri. Tak kekok buat kerja dapur.

Sekian sahajalah entri kali ini, kesimpulannya seronok cuci mata window shopping kat Ikea ni. Boleh cilok Idea menghias rumah dan berangan-berangan ada bilik-bilik showroom macam diorang dekat rumah. Makan kat sini bagi saya biasa-biasa jela. Mahal sama je macam kat luar. Cuma satu je. Bila baca-baca nak buat entri blog pasal Ikea tebrau ni, baru tahu ade tempat mainan kanak-kanak dekat situ namanya “Smaland”. Hahahah masa pergi tu tak perasan langsung. Xpela next time pergi lagi, mesti masuk Smaland ni. InsyaAllah. Ok babai..