Ok ni sambungan dari cerita saya sebelum ini ye.
Saya mengamalkan vitamin dari Shaklee untuk rawat masalah resdung saya ni megambil masa juga..
Mula-mula saya juga mengeluh dan fitrah manusia bila ada masalah, kita nak selesaikannya secepat mungkin kan..sama macam saya
mengeluhla...napa lama nak baik resdung ni..makan tak jadi pape pun..
Selepas banyak membaca barulah saya faham. Pemakanan supplement ini tidak sama dengan kita makan ubat. Ubat memang dicipta untuk memberi kesan tindakan dengan cepat untuk merawat penyakit dengan segera.
Tapi makanan tambahan pula mengambil masa sebab ia memperbaiki secara perlahan-lahan daripada dalam. Jadi kesannya lebih kepada kesan jangka masa panjang.
Ubat kita tidak boleh nak saja-saja makan. Tapi supplement, sebaiknya kita amalkan sejak muda sementara masih sihat untuk mencegah penyakit.
Oh begituu...
Jadi selepas 2 bulan saya amalkan saya sudah merasa sedikit perubahan. Contohnya saya dah boleh menyapu habuk dengan begitu sahaja...maksudnya tidak bersin-bersin disebabkan habuk-habuk tu..kalau tak saya memang siap pakai mask atau topeng muka tau bila nak menyapu sampah.
Lepas tu pagi-pagi dah tak gonyoh-gonyoh mata..bukan tiada langsung tapi sudah jarang saya gatal-gatal di kawasan mata.
Lepas daripada tu satu-satu lah kesan-kesan positif saya perasan..sehingga kini saya merasakan resdung saya sudah amat-amat berkurang berbanding dahulu..sudah selesa untuk melakukan kerja-kerja seharian.
Ok sebenarnya saya nak cerita apa yang membuatkan saya berubah selepas guna Shaklee ni..hehe..
mula terfikir...
Selepas makan vitamin ni, terfikir la kan..."alang-alang makan vitamin sebab nak sihat, kenapa aku tak nak ubah cara makan, cara hidup aku untuk elak penyakit-penyakit ni..itukan lebih baik ? Mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Jadi dari situlah saya mula ubah apa yang boleh diubah ke arah kesihatan yang baik. Yelah penyakit-penyakit ini kebanyakannya berpunca dari apa yang kita makan kan.
Tau tak ? saya ni memang dari kecik dibesarkan dengan masakan yang dibubuh perasa atau MSG atau lebih senang cerita Ajinomoto. Abah memang suka lauk-lauknya diletak ajinomoto sebab lagi sedap kan. Serius kalau orang dah selalu pekena pak aji ni, dah tak boleh terima makanan yang tiada aji atau boleh rasa perbezaanya dengan yang tidak letak.
Semakin menginjak usia, semakin dapat merasakan kesan-kesan negatif terhadap badan akibat tidak menjaga pemakanan dari muda. Tubuh badan rasa lemah buat kerja sikit dah penat. Badan rasa berbisa juga kalau ditepuk atau dipukul. Padahal tak kuat pon. Rambut gugur banyak...senang kene selsema dan banyak lagi lah..
Sebenarnya banyak lagi faktor lain yang membuatkan kita jadi macamtu. Bukan semata-mata sebab makan aji banyak. Faktor persekitaran, faktor umur, faktor ubat, faktor teknologi dan sebagainya.
Terima jela sebab sesetengah perkara tu memang kita tidak boleh mengelak.
Tapi kita ada pilihan untuk menjaga tubuh badan kita dari penyakit-penyakit merbahaya.
Jadi sekarang apa yang saya dah ubah ?
- Masak : tanpa guna ajinomoto dan bahan-bahan perasa lain. Gula yang saya gunakan dalam masakan dan minuman adalah gula organik dan garam saya gunakan garam bukit. Garam dan gula ni bukan yang diproses tapi yang semulajadi.
- Ayam : saya beli ayam organik. Saya memang hantu ayam. Kalau tidak beli untuk diri sendiri, saya beli untuk anak-anak makan. Maklumlah...ayam organik sedikit lebih mahal dari ayam biasa..
- Bersenam : Sejak makan Shaklee ni berkobar-kobar rasa nak bersenam kerana untuk mencapai kesihatan yang optimum kenelah bersenam juga. Jadi saya walau sesibuk mana mesti cari masa untuk bersenam. Bersenam di rumah je..
- Kafein : Lepas makan Shaklee, dah jarang minum kopi, teh-O, teh ais..kalau boleh saya elak...kalau nak minum sangat baru minum. Itu pon saya kene plan minum 2 jam sebelum atau selepas makan supplement. Ini sebab minuman-minuman ni akan menggangu penyerapan nutrien dengan baik.
Ok setakat ni jela perubahan yang Shaklee dah bawa ke atas gaya hidup saya..tak banyak tapi Alhamdulillah dengan perubahan ni telah pun memberi kesan ke atas kesihatan dan kecergasan saya sekarang. Contohnya kalau dulu petang mesti nak tidur juga setelah melayan anak-anak dan membuat kerja rumah tapi sekarang tak tidur pon takpe..badan terasa lebih bertenaga dan dah tak mudah letih dan mengantuk lagi..Ringan dan sedap je badan..bangun pagi pun mudah.
Syukur dengan asbab Shaklee ni saya jadi setakat saya hari ini..nak berubah bukannya senang kan..kalau dulu cakap nak ubah tak buat-buat pon, tapi lepas Shaklee saya terus boleh ubah gaya hidup saya dengan mudah..Alhamdulillah..
Pengedar Shaklee
Saya telah menjadi sebahagian dari Shaklee. Sesiapa yang ingin bertanya dan ingin membuat tempahan produk Shaklee boleh hubungi saya atau
WhatsApp : 0196030603
COD : Taman Mutiara Rini, Taman Universiti, Sri Skudai, Pulai Utama dan kawasan sekitarnya.
Sekian 💓
No comments:
Post a Comment