Bukan sebab saya nak promote Shaklee tapi sebab ianya benar mengubah hidup saya...
Ok saya mulakan dengan apa yang membuatkan saya membuat keputusan untuk memilih mengamalkan pemakanan vitamin daripada Shaklee.
Ibu saya salah seorang penghidap kanser kolon iaitu kanser di dalam perut. Selepas emak saya menjalani pembedahan untuk membuang bahagian perut yang terlibat, saya ingin mencari penawar alternatif bagi penyakitnya selain memakan ubat hospital.
Jadi saya terbaca tentang Vivix daripada Shaklee. Vivix adalah makanan tambahan atau supplement yang mempunyai bahan antioksidan yang sangat tinggi yang mampu memelihara badan dari kerosakan DNA yang boleh menyebabkan risiko seperti kanser dan penyakit jantung.Ia selalu diamalkan oleh pesakit kanser dan ramai telah pulih atau semakin pulih selepas mengamalkannya dengan izin Allah.
Siapa yang tak teruja baca kan ? macam ada harapan untuk emak saya pulih dari penyakit merbahaya ini. Tapi setelah berbincang dengan ahli keluarga saya, kami berpendapat biarlah ibu menjalani rawatan daripada pihak hospital dahulu lagipon kanser yang dialami ibu saya adalah pada peringkat awal. Syukur Alhamdulillah.
Jadi cerita tentang mencari rawatan alternatif emak saya tu dah abis. Bila banyak membaca tentang keberkesanan produk daripada Shaklee ni, terfikir balik. ''Iya lah, Shaklee ni aku pernah dengar daripada dulu lagi sejak aku kecil lagi...dan tak pernah dengar apa-apa isu atau kontroversi tentang Shaklee ni...contoh macam produk ade bahan kimia beracun la, produk kene sekat la, produk kene tahan la...
so maksudnya kalau boleh bertahan daripada dulu sampai kini tanpa apa-apa isu, dan masih lagi ada orang yang menggunakannya dan percayakannya...hebatlah kan.
Rupanya memangla Shaklee ni begitu...sebab produk diorang tu memang betul-betul selamat !
sebab produk menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Semulajadi bermula daripada biji benih yang digunakan, cara penanaman, baja, proses tuaian dan sampai dalam botol. Semuanya semulajadi. Shaklee bukan jual supplement je, tapi produk muka dan produk kegunaan rumah juga.
Daripada bahan dalam botol sampai nak buang botol semuanya mesra alam. Mereka telah jadikan ia sebagai prinsip dan sebahagian daripada diri mereka untuk bertanggungjawab memelihara dan memastikan kesihatan planet.
Sebab ciri-ciri ni semua la yang membuatkan saya ingin merasakan kelebihan mereka dan ingin menjadi sebahagian daripada mereka.
Kebetulan saya mencari juga rawatan untuk penyakit resdung saya. Saya telah mengalami simptom-simptom resdung yang teruk juga. Lebih-lebih lagi pada waktu itu. Jadi saya mengambil keputusan untuk ikhtiar merawat resdung saya ni dengn set resdung shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, B-complex dan Alfalfa.
Alhamdulillah..lepas beberapa bulan saya dah dapat merasakan kesannya..
Kesannya juga kepada cara hidup saya..
Ni nanti saya sambung pada entry part 2 ye..jumpa lagi 🤗
No comments:
Post a Comment