Popular Posts

Friday, December 7, 2018

Resepi Onion ring dengan tepung bestari


Along: ibu jangan masak lagi tau. Along nak bagitahu nak masak apa.

Ibu: ?? Nak masak apa?

*Along berlari-lari dapatkan beg sekolah dan ambil template makanan dan tunjuk ibu sesuatu

Along: nak ini. *tunjuk gambar onion ring



Sebenarnya dah 3 hari Along request nak ibu masak Onion ring. Tapi tiap kali dia mintak, ibu bagi alasan dah masak. Makan apa yang ada aja. Tapi semalam, sebelum ibu masak dia dah ingatkan ibu awal-awal untuk masakkan onion ring dulu. Haahah kesian la pulak..

Nasib baik bahan-bahan semua ada di rumah.
Resepi ibu mudah aja. Bila teringat ada tepung bestari di dapur rasa semangat juga nak buat. Tepung ni memang super sedap kan.

Okla ini resepi mudah ibu.



Bahan-bahan:
Bawang holland sebiji (besar)
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung bestari (saya campurkan yg original dan yg pedas)
Air
Garam (tak letak pun tak apa)

Cara-cara:
1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas. Bancuhan agak pekat sedikit supaya mudah disalut dengan bawang.
2. Salutkan bawang holland dengan bancuhan tadi.
3. Goreng sehingga keperangan.
4. Siap boleh dihidangkan bersama apa-apa sos.

*ikut citarasa, tepung bestari boleh diletak lebih.

Cuti sekolah ni memang tak boleh diet kan. Anak-anak kerja makan je. Ibu pun “terjoin” sekali la. Habis diet ibu.
Sedapnya onion ring tepung bestari ni sampai tak puas makan. Ibu cicah dengan sos BBQ. Sekali sekala tak apalah menikmatinya kan. 

Ok korang jangan lupa cuba juga tau. Boleh juga ajar anak makan sayur. Bawang yang diorang selalu tolak ke tepi tu, tiba-tiba jadi suka pulak.


Thursday, December 6, 2018

Cara merawat luka puting berdarah dengan cepat


Sakit dan pedihnya hanya ibu-ibu yang pernah merasa sahaja yang tahu. Termasuklah Kak Sya. Kalau nak tahu pengalaman Kak Sya boleh baca link ni. My story :Tips merawat puting luka supaya tidak terus menangis sewaktu bayi menyusu.

Bila puting luka ni kita perlu ambil tindakan segera dengan merawatnya. Bukan teruskan breastfeed baby..hehe macam aku je tu. Kak Sya haritu bagi jugak time sakit-sakit tu. Lepastu luka makin teruk berdarah dan macam nak bernanah.

Bila luka berlaku ni, apa yang perlu dielakkan adalah sebelum luka itu menjadi lebih teruk seperti mengelak daripada terkena jangkitan dan bernanah. Jadi seeloknya berhenti daripada terus menyusu secara direct dan rawat luka tersebut terlebih dahulu.

Selain merawat dari luaran, Kak Sya juga merawat luka dari dalaman dengan mengamalkan mengamalkan vitamin-vitamin penting untuk merawat luka dengan cepat seperti vitamin C, ESP, Vivix dan B-complex.


vitamin-vitamin yang Kak Sya amalkan

Sustained Release VITA-C Plus
  • antioksidan untuk mengelak kerosakan sel-sel tubuh
  • anti virus yang kuat selain bertindak sebagai anti bakteria dan anti kulat.
  • menggalakkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang sihat dan licin. Semakin meningkat usia, semakin kurang penghasilan kolagen oleh tubuh badan.


ESP
  • sumber protein untuk menggalakkan pembinaan sel-sel baru bagi merawat luka.
  • mempunyai kandungan asid amino untuk pembentukan semua jenis kolagen.
  • mampu mengurangkan parut luka.


Vivix
  • kaya dengan antioksidan membantu melindungi dan membaiki sel. 
  • mengelakkan risiko kerosakan sel seperti luka lambat sembuh dan bernanah
  • menguatkan imunisasi badan supaya tidak mudah jatuh sakit seperti demam.


B-complex
  • mampu mengawal mood dan emosi ibu ketika menyusu. Emosi yang baik mampu merangsang penghasilan susu badan.



Jadi, dengan izinNya dan asbab vitamin-vitamin di atas, luka puting Kak Sya mampu baik dengan cepat dan Kak Sya dah boleh menyusu secara direct semula supaya tidak menggangu pengeluaran susu badan. Takut susu merundum pulak kalau lambat-lambat.

Siapa yang ada masalah yang sama dan nak berkongsi masalah dengan Kak Sya serta nak order vitamin Shaklee boleh pm Kak Sya ye.
http://www.wasap.my/60196030603


Pengedar sah Shaklee Skudai
fb: Rosyati Kadis
ig: vitamin_kita

Wednesday, December 5, 2018

My story : Tips merawat puting luka supaya tidak terus menangis sewaktu baby menyusu.


Assalamualaikum w.b.t

Oleh sebab Kak Sya baru-baru ni menghadapi masalah puting luka, Kak Sya ingin jugalah berkongsi pengalaman Kak Sya dalam mengharungi salah satu liku seorang ibu dalam menyusukan. Kalau nak tahu, puting luka adalah salah satu masalah yang Kak Sya takuti bila tiap kali dapat anak selain daripada sakit beranak dan sakit kena episotomi.

gambar sekadar hiasan

Puting luka bukan lah masalah baru bagi Kak Sya. Tetapi pengalaman baru-baru ni memang satu pengalaman yang paling teruk bagi Kak Sya sepanjang ada 3 orang anak ini. Menyusukan anak ke-3 ni paling teruk kena puting luka.

Puting luka Kak Sya kali ni paling lama Kak Sya hadapi dan masalah itu asyik berulang-alik. Lepas kena sebelah, puting sebelah pula luka. Tak habis kat situ, lepas baik luka lama, ada pulak luka atau "crack"' baru di kedua-dua puting. Mula-mula sangat teruk sebab Kak Sya menyusu juga sakit-sakit tu, sampai luka tersebut berdarah. Selama sebulan lebih la masalah berlarutan. Tuhan sahaja yang tahu macammana sakitnya bila menyusu. Kak Sya kekal positif dan kuatkan semangat untuk teruskan breastfeed Radhiyah sehingga ke penghujungnya.


Punca puting luka

Radhiyah ketika ini, sudah berumur 1 tahun 4 bulan. Time ni Radhiyah tengah banyak tumbuh gigi. Lepas satu-satu gigi dia tumbuh. Sekarang tinggal gigi taring je tak tumbuh lagi. Gigi geraham pun dah ada.

Kak Sya dapati masalah Kak Sya ni berpunca daripada pertumbuhan gigi dia yang tumbuh dari semasa ke semasa. Selain selalu dah kena gigit, Radhiyah jugak macam lekap dengan tidak betul bila menyusu. Sebab sebelum dia ada gigi, Kak Sya tak ada pula mengalami masalah puting luka ni.
Kak Sya ada baca ketika ini, gusi bayi sedang bengkak, dia mungkin menukar cara penyusuan supaya dia lebih selesa.

Bayi memang menghisap dengan kuat bila menyusu. Kalau tidak betul lekapan, memang boleh jadi puting luka. Ini lah yang terjadi pada Kak Sya. Bila Kak Sya nak bagi aja susu pada dia, memang selalu dia akan tak sabar-sabar nak "bergayut". Bila laju-laju nak masuk mulut kat puting tu, itu sebab la tidak lekap dengan betul. Dengan ada gigi-gigi baru dia, lagi macam susah nak lekap dengan betul. Kak Sya memang dah rasa tidak selesa ketika itu. Lama-lama jadilah luka tu.


Bagaimana rawat puting luka

Kak Sya rawat puting luka dengan cara mudah sahaja. Memang cepat baik. Dalam 2 hari, luka tersebut dah baik dan sudah boleh menyusu semula.


  • Sapu luka dengan air susu badan. 
    • Sapu selepas setiap kali penyusuan.
    • Kalau boleh ambil susu yang pekat di akhir-akhir penyusuan.
    • Biarkan kering sebentar.

  • Sapukan Nipple Cream.
    • Lepas sapukan susu, sapukan nipple cream pula. 
Kak Sya guna Pigeon nipple care cream.

  • Amalkan vitamin
    • Vitamin-C - Baik untuk kulit dan menyembuhkan luka dengan cepat
    • ESP - sumber protein untuk menggalakkan pembinaan sel-sel baru bagi merawat luka
    • Vivix - kaya dengan antioksidan membantu melindungi dan membaiki sel. Mengelakkan risiko kerosakan sel seperti luka lambat sembuh dan bernanah.
vitamin Kak Sya amalkan


Apa perlu buat bila rawat puting luka


Oh ye, sementara tunggu luka sembuh tu, Kak Sya tidak beri ''direct'' pada Radhiyah. Kak Sya keluarkan susu dengan teknik "marmet" dan berikan Radhiyah susu dalam sippy cup. Nasib baik Radhiyah tak ada masalah minum dalam sippy cup. Boleh juga gunakan pump untuk keluarkan susu. Alhamdulillah 2 hari dah sembuh. Luka tu dah bercantum balik. Susu ibu mempunyai 1001 khasiat termasuk ia mampu mengubati luka di puting payudara.

Nipple Cream perlu juga untuk melembapkan puting bagi mengelak puting luka. Bila kawasan tersebut kering, lagi mudah terjadinya crack/luka.

Kak Sya memang dah lama mengamalkan vitamin. Antara vitamin kegemaran Kak Sya adalah Vitamin C, ESP dan Vivix dari Shaklee.

Alhamdulillah sekarang masalah puting luka Kak Sya dah beransur pulih. Dalam masa yang sama, Kak Sya akan pastikan lekapan ketika bayi menyusu adalah betul bagi mengelakkan masalah ini berlaku lagi. Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Semoga azam Kak Sya untuk berjaya menyusukan Radhiyah selama 2 tahun berjaya dengan izinNya.

Kak Sya pengedar sah Shaklee. Jika ada yang berminat ingin tahu tentang produk-produk Shaklee atau nak order vitamin, boleh pm Kak Sya di sini ye. 👉http://www.wasap.my/60196030603

Sekian. T.kasih.


Thursday, November 22, 2018

My Story : Minum susu tapi masih tidak cukup.




Selama ni Kak Sya cuma minum 2 gelas sahaja satu hari iaitu pagi dan malam.
Tapi untuk cukupkan keperluan nutrisi kalsium seorang dewasa iaitu 1000mg kalsium satu hari, Kak Sya kene minum 5 cawan seperti di atas.

Dan oleh kerana Kak Sya menyusu bayi, keperluan kalsium adalah 1300mg satu hari, jadi Kak Sya kene minum lebih lagi iaitu dalam 6-7 gelas satu hari.

Honestly Kak Sya yang jenis boleh minum susu dan takda rasa nak muntah atau loya seperti orang lain yang tidak boleh minum susu pun tak mampu nak minum sampai 6-7 gelas satu hari.

Korang pula ???

Larat tak nak minum susu sampai 6-7 gelas satu hari? (kalau tidak ambil dari sumber lain, seperti sayur, cheese, yoghurt etc.)

Jadi sebab itulah Kak Sya topup keperluan kalsium Kak Sya dengan makanan tambahan atau supplement walaupun Kak Sya ada juga makan produk-produk tenusu yang lain dan sayur-sayuran.
Keperluan kalsium penting bagi Kak Sya sebagai ibu menyusu untuk memberi nutrisi penting yang secukupnya untuk badan ibu dan juga bayi.

Kajian menunjukkan wanita menyusu bayi akan kehilangan sebanyak 3 hingga 5 peratus jisim tulang selama 6 bulan penyusuan susu ibu.
Sebab itu jika tidak diambil berat tentang keperluan kalsium tubuh badan, kita akan berisiko untuk mendapat Osteoporosis atau kerapuhan tulang/ patah tulang.

Walaupun kita tidak nampak kesan kekurangan kalsium dalam badan, terutama pada peringkat awal, but something is happening inside us. Takkan nak tunggu kena baru nak bertindak?

The choices are there WAITING for us to Choose.

Jadi korang rasa melalui pemakanan korang, cukup tak sumber kalsium dalam badan ? kalau masih tidak cukup, wajarlah korang bertindak segera. Klik sini untuk sebarang pertanyaan dan order 👉http://www.wasap.my/60196030603




ID: 1282281
Your Trusted Shaklee Distributer
fb: Rosyati Kadis
ig : Vitamin_kita

Saturday, November 17, 2018

Atasi radang jantung dengan Omega Guard


Bersempena promosi Omega Guard pada bulan November ni, Kak Sya nak cerita sikit tentang masalah radang / inflammation.


Apa itu radang / inflammation ?

Dulu sebelum Kak Sya masuk bidang nutrisi ni, Kak Sya pun tak tahu apa itu maksud radang. Sekarang dah faham dan boleh la nak berkongsi sedikit dengan korang.

Bagi yang tidak tahu, radang itu adalah suatu tindak balas tubuh yang normal terhadap luka atau jangkitan. Contohnya jika jari korang terluka, biasanya dalam waktu yang singkat, kita akan perasan akan terjadi bengkak dan merah di sekeliling luka tersebut. Inilah yang dikatakan radang.

Sistem imun badan menghasilkan sel-sel khas di bahagian luka dan melakukan proses pembaikan. Boleh jadi proses ini akan mempercepatkan proses penyembuhan atau mungkin radang tersebut menjadi lebih berbahaya.




Harini nak cerita sedikit tentang radang jantung.

Pernah tak korang rasa..

  • sesak nafas
  • jantung berdegup kencang atau tidak teratur
  • rasa nyeri di dada
  • rasa lelah

Itu maksudnya otot jantung mengalami keradangan, di mana ianya tidak boleh mengepam darah dengan baik. Keradangan ini adalah merbahaya jika dibiarkan boleh mendatangkan komplikasi lebih teruk seperti, pembekuan darah, serangan jantung dan strok.

Dengan mengamalkan Omega Guard yang mempunyai kandungan asid lemak Omega-3, tubuh badan mampu menukar asid lemak tersebut menjadi antiperadangan yang sangat baik. Dengan ini dapat memberi kelegaan terhadap sakit radang seperti di atas.

Setelah diteliti pakar perubatan, supplemen Omega adalah baik juga untuk masalah kesihatan lain seperti radang sendi atau arthritis. Selain itu dapat mengelak dari risiko penyakit kanser, masalah mata dan sakit-sakit pada tubuh badan.

Jadi untuk mengatasi masalah keradangan ini, adalah disarankan untuk amalkan Omega Guard yang diambil sebanyak 3 biji satu hari untuk pastikan tubuh badan mempunyai nutrien penting untuk mengatasi masalah-masalah kesihatan.




Promo promo promo Omega Guard. Nak order boleh klik di sini
👉🏻http://www.wasap.my/60196030603

Rosyati Kadis
Phone: 0196030604
Fb: Rosyati kadis
Instagram : vitamin_kita
Your Trusted Shaklee Distributor

Kenal YOUTH lebih dekat



Produk SHAKLEE YOUTH SKIN CARE ini adalah Rangkaian Penjagaan Kulit Muka / Skin Care Shaklee yang 100% semulajadi (natural) dan dijamin bebas dari parabens, phtalates, hydroquinon, mercury.



Tampil lebih muda luar dan dalam dengan YOUTH SHAKLEE SKIN CARE

Diformulasikan dengan 6 langkah mudah untuk :
✅Membersih
✅Menyegarkan
✅Mengaktifkan
✅Melindungi
✅Merawat
✅Menceriakan

Dalam 1 Set YOUTH SKINCARE ada 6 item :

1. Luminous Gel Oil Cleanser
‎2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)
6. Radiance C + E Capsules

Tanpa 2500 bahan kimia berbahaya menjadikannya produk skincare paling selamat di pasaran.
Dengan kajian klinikal age skin index, membuktikan 100% pengguna youth mendapat kulit 10 tahun lebih muda.

Age skin index adalah kajian klinikal terbaru dalam dunia perubatan.The key to beautiful, younger-looking skin is cell renewal with YOUTH

Berminat dengan rangkaian produk YOUTH, sila klik di sini 👉www.wasap.my/60196030603



Rosyati SID 1282281
No tel: 0196030603
fb : Rosyati Kadis
instagram : vitamin_kita
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Skudai


Friday, November 16, 2018

pH kulit wajah tak seimbang punca segala masalah kulit


Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita tentang pH kulit.
Kak Sya pasti ramai yang tak tahu tentang pentingnya keseimbangan Ph pada kulit wajah. Apabila kulit berada di tahap pH yang seimbang, korang akan bebas dari segala masalah kulit seperti jerawat, kedutan di sekitar mata, kulit kusam dan radang atau gatal. Terkejut tak ?

Jadi, pentingkan jaga pH muka kalau tak nak ada masalah muka ?

Sebelum tu kene tahu dulu apa itu pH ?


Apa itu pH ?




pH (potential hydrogen) adalah ukuran yang digunakan untuk mengukur kadar keasidan. Diukur pada kadar 1-14. Nilai pH kurang daripada 7 dikira berasid manakala pH-7 adalah neutral. Nilai pH dari 8-14 pula dikira sebagai beralkali.


Apakah ukuran pH kulit wajah yang sewajarnya?

Menurut pakar Dermatologist, secara ideal, ukuran pH pada lapisan pelindung di permukaan kulit wajah adalah pada ukuran 5.5.  Ukuran pH terbaik bagi seorang dewasa adalah pada ukuran 4.2 - 5.6. Keasidan ini penting bagi melindungi kulit dari pencemaran, kekotoran, bakteria dan racun.  

Kulit yang ukuran pH nya lebih beralkali akan membuatkan kulit menjadi kering dan sensitif. Manakala kalau terlalu berasid pula iaitu bawah pH-4, kulit akan mengalami radang, timbul banyak jerawat dan mungkin sakit bila disentuh.


Bagaimana nak jaga pH kulit wajah ?

So, di sini lah toner memainkan peranan. Fungsi toner adalah untuk menstabilkan pH kulit wajah. Berupaya juga untuk melembapkan dan membuka jalan supaya next step, dapat menyerap dengan lebih pantas dan memberi kesan optima. 

Toner digunakan selepas mencuci muka untuk menutup semula liang roma terbuka ketika mencuci muka. Gunakan toner dengan kapas muka dengan menyapunya ke keseluruhan wajah. Sebaiknya tunggu 2-3 minit sebelum apply apa-apa lepas pakai toner. 

Ok lepas ni kena rajin-rajin pakai toner okey. Penting tau sebenarnya peranan toner ni. Kak Sya pun tak tahu sebelum ni. 




Ada yang baru nak cuba toner? Meh order dengan Kak Sya. Kak Sya bagi konsultasi eksklusif sekali. 👉🏻http://www.wasap.my/60196030603

Rosyati Kadis
Your Trusted Shaklee Distributor
fb: Rosyati Kadis
instagram : vitamin_kita


#toner #youthtoner #youthskincare #phseimbang #fungsitoner #pengedarsahshakleeskudai






Wednesday, June 6, 2018

Youth Moisturizer SPF-50 sunblock terbaik


Apa itu SPF ?

Sun Protection Factor
Bahan yang melindungi kulit dari pancaran sinar matahari UVA/UVB dan radiasi sinar UV yang amat membahayakan kulit.



Mengapa perlu pakai pelindung matahari ?

Terdedah terlalu lama terhadap sinaran matahari secara langsung akan meningkatkan risiko terhadap kanser kulit dan penuaan kulit lebih awal dari yang sepatutnya.

Untuk mengelakkan risiko-risiko ini, penggunaan secara kerap  disarankan dengan menggunakan pelindung matahari dengan nilai spektrum SPF yang lebih luas sebanyak 15 atau lebih tinggi beserta langkah-langkah perlindungan seperti :

  • mengehadkan tempoh masa terdedah di bawah cahaya matahari, terutamanya dari pul 10am - 2pm.
  • memakai baju lengan panjang, seluar panjang, topi dan cermin mata hitam.



Perbandingan Moisturizer SPF Malaysia (SPF-50) dan US (SPF-30)


Kandungan SPF-50

Kandungan SPF-30 dari kebanyakan produk penjagaan muka sekarang tak mencukupi nak cover kulit kita di Malaysia.

Sebab tu Youth Malaysia menggunakan SPF-50.

SPF-30 maksudnya lebih kurang 4-5 jam muka kita bertahan dari sinaran UV.

Dengan mengalikan 10 minit dengan kandungan SPF
30 x 10 minit = 300 minit

Kalau SPF-50 lagi la lama.

50 x 10 minit = 500 minit
Lebih kurang 8 jam lebih mampu bertahan.


Namun begitu, Moisturizer SPF-50 harus dipakai semula selepas setiap 2 jam untuk memberi perlindungan sepenuhnya terhadap kulit.

Beri perlindungan optimum pada kulit anda mulai sekarang kerana selain terdedah daripada sinaran UV matahari, kulit kita juga terdedah dengan pencemaran alam sekitar yang boleh memudaratkan kulit muka.

Untuk bertanya lebih lanjut tentang produk rangkaian Youth boleh menghubungi saya
klik sini >>>> direct wasap saya

Jika berminat dengan YOUTH MOISTURIZER SPF-50 boleh membuat pesanan di sini

YOUTH  MOISTURIZER SPF-50




Tuesday, June 5, 2018

Promosi Shaklee Jun 2018

Wow setiap bulan ada je promosi menarik dari Shaklee.

Bukan itu sahaja mulai 1 Jun ni, kita semua dah boleh menikmati pembelian dengan harga TANPA GST. Cas harga ahli juga tanpa GST. Malah harga pembelian jauh lebih murah dari biasa.

Nak tau promosi apa yang menarik tu?


PROMOSI SHAKLEE BULAN JUN 2018


1. Belian Twin Pack dapat 10% diskaun. (Buy TWIN PACK Cinch Shake, GET 10% Discount)

Cinch Shake Mix Caffe-Latte
Cinch Shake Mix Vanilla
Cinch Shake Milk Chocolate
Cinch Shake Mix Combine

2. Belian 2 Set Twin Pack dapat PERCUMA Eco Bag dan Diskaun 10%

3. Belian 3 Set Shaklee Baby dapat 30% DISKAUN (Buy 3 Set Shaklee Baby, GET 30% Discount)

Promosi shaklee, promosi shaklee jun 2018, promosi jum 2018, promosi bulanan shaklee, shaklee pengerang, shaklee bandar penawar, shaklee johor


4. Belian Revitalise Set atau Cleanse and Burn Set dapat PERCUMA Eco Bag.



Promosi shaklee, promosi shaklee jun 2018, promosi jum 2018, promosi bulanan shaklee, shaklee pengerang, shaklee bandar penawar, shaklee johor


5. Belian 5 kotak Collagen Powder Shaklee dapat 5% DISKAUN & Belian 6 kotak Collagen Powder Shaklee dapat percuma 1 kotak Collagen. ( Buy 2 Collagen, Get 5% Discount or Buy 6 Collagen, GET FREE 1 Collagen)

6. Belian 1 Set Youth (Renew and Maintain) , dapat PERCUMA Youth Wristlet Limited Edition. (Buy 1 Set Youth (Renew and Maintain), GET FREE Youth Wristlet)


Promosi shaklee, promosi shaklee jun 2018, promosi jum 2018, promosi bulanan shaklee, shaklee pengerang, shaklee bandar penawar, shaklee johor



Saja je kan Shaklee ni bagi promosi banyak-banyak time nak raya ni. Saja minta korang cantik dan bergaya di Hari Raya tak lama lagi.

Mana taknya semua set kecantikan diberi promosi iaitu set kecantikan dalaman seperti Vivix dan Collagen. Manakala set penjagaan muka Youth untuk kecantikan luaran korang. Hasilnya nanti meletup-letup la. 

Yang dah berusia tu dah kembali muda, manakala yang muda tu kembali remaja. InsyaAllah.

Jika berminat nak tanya lebih lanjut tentang promosi dan tentang produk-produk Shaklee,

KLIK SINI >>>>>direct wasap saya


Rosyati 0196030603
Pengedar Sah Shaklee anda
COD Taman Mutiara Rini dan Skudai

Rawat sakit lutut dan sendi dengan Kolagen Shaklee


Sakit lutut sangat sinonim dengan golongan yang meningkat usia.

Masalah yang biasa kita dengar tentang masalah sakit lutut ini adalah seperti nak membongkok lutut rasa sakit, susah nak bangun berdiri bila sembahyang dan sakit bila nak naik tangga.

Kenapa ini terjadi? ianya disebabkan kekurangan kolagen di dalam badan. Apa pulak kaitan sakit sendi dan sakit lutut ni?

Ianya memang ada kaitan kerana sakit lutut berlaku disebabkan tulang rawan mula haus dan terhakis disebabkan kolagen yang ada di dalam tulang rawan semakin berkurangan dan mula rosak. 50% daripada tulang rawan adalah terdiri daripada kolagen.

Di mana kolagen lah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang. Seawal 20an, kolagen sudah mula terhakis dalam tulang rawan (cartilage).

Sebenarnya badan boleh menghasilkan kolagen dengan sendiri. Tetapi yang menjadi masalah bila mana bilangan kolagen yang dihasilkan badan tidak dapat menampung keperluan bagi menggantikan bilangan kolagen yang rosak tadi.

Amat memberi kesan jika badan kita sudah mulai kekurangan kolagen. Ianya banyak melibatkan tulang-tulang lain dalam badan turut rosak. Kolagen sangat penting dalam tulang rawan.

perbandingan diantara sendi yang cukup kolagen dan tidak cukup kolagen

Kolagen ini berfungsi dengan memberi regangan kepada sendi, menjaga rangka lutut dan memelihara tulang rawan yang mula rosak.

Kolagen mula rosak menyebabkan lutut mula membengkak dan tulang pada bahagian lutut mula membesar melebihi rangka lutut.





Maka sangat disarankan untuk mengamalkan Shaklee Collagen Powder ini. Kolagen Shaklee ini akan diserap oleh tubuh dan meresap ke bahagian sendi.

Apabila penyerapan kolagen ini berlaku dalam badan, ianya perlahan-lahan akan memperbaiki bahagian-bahagian yang rosak serta menggantikan kolagen-kolagen yang rosak.

Lama-kelamaan bengkak tersebut akan beransur pulih dan tulang yang terkeluar dari rangka lutut akan masuk semula dalam rangka.

Mengikut kajian penggunaan selama 8 minggu boleh menampakkan hasil. Namun begitu terdapat juga mereka yang mendapat kesan seawal pengambilan selama 3 hari.

Kolagen Shaklee bersifat elastik dan sangat kuat. Ianya juga bukan drugs dan tiada bahan merbahaya dan tidak ada kesan sampingan.


Testimoni

testimoni (kredit:surisihat.com)











Promosi Kolagen Shaklee sedang berlangsung dari 1-30 Jun 2018.


  • Beli twinpack dengan 5% off
  • Beli 7@6



Ingin bertanyakan lebih lanjut dan mendapatkan Shaklee Collagen Powder? atau mana-mana produk Shaklee, boleh  klik sini direct wasap saya


Rosyati 0196030603

Pengedar Sah Shaklee Skudai






Wednesday, May 30, 2018

Bagaimana Vitamin C boleh singkirkan toksin


Banyaknya jerawat keluar..

Yang lama tak kecut lagi dah timbul jerawat baru pula. Tau tak sebab apa??

Ha bersempena dengan promosi hebat yang sedang berlangsung sekarang, saya nak bagi sedikit info pada korang tentang kelebihan Vitamin C marvelous ni.

Diskaun 10% ke atas pembelian 
3 botol Sustained Release Vitamin C Shaklee 




Apa yang keluar kat muka kita tu semua datang dari apa yang kita makan. Dari apa yang ada dalam badan kita iaitu sisa toksin daripada pemakanan kita yang tidak sihat contohnya makanan yang ada bahan pengawet dan bahan pewarna.

Jadi kalau nak kulit sihat, bersih flawless kenalah singkirkan toksin dalam badan tu. Lawan toksin adalah antioksidan.

Vitamin C kaya dengan antioksidan yang badan kita perlukan untuk singkirkan toksin jahat ni.


Bagaimana vitamin c berfungsi?


3 Cara Vitamin C Membersihkan toksin


Cara 1


Vitamin C merupakan vitamin larut air (dapatkan vitamin c semulajadi seperti Vita C Sustained Release Shaklee) mudah bergerak ke seluruh sel dalam badan, membersihkan segala kotoran dari sel badan dan seterusnya menyingkirkan toksin.

Apabila badan sudah menyerap vitamin C yang ia perlukan, selebihnya akan disingkirkan kembali melalui urin atau najis bersama-sama toksin.



Cara 2


Pengambilan Vitamin c dapat membantu meningkatkan glutathione iaitu sebatian hati yang sangat penting untuk menyingkirkan dan membersihkan toksin dalam badan.



Cara 3


Vitamin C membantu badan untuk menghadam segala macam toksin yang sebelum ini tidak terhadam.

Jadi sebab itulah pengambilan vitamin C juga boleh membuatkan kulit cantik. Kalau kulit kita pucat, kusam, berjerawat maka kemungkinan besar badan kita mempunyai banyak toksin. Peranan vitamin C bukan sahaja penggalak kolagen semulajadi malah turut berfungsi penting untuk membersihkan kotoran pada sel-sel badan.


Di bawah saya sertakan demo bagaimana Vitamin C Shaklee iaitu vitamin C larut boleh menyingkirkan toksin dalam badan kita.






wow best kan bila dapat tahu apa yang vitamin c mampu lakukan. Pm saya laju-laju kat sini untuk dapat kan vitamin C korang.


Rosyati SID 1282281

No tel: 0196030603

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Shaklee Skudai


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=836ccf4ecb989664447ee7a7b220707f
Sustained Release Vita-C Plus








Friday, May 11, 2018

Langkah-langkah tidak mahu kerutan dan garis halus muncul di wajah



kerutan di dahi

Apabila munculnya kerutan dan garis halus pada wajah adalah salah satu tanda penuaan. Kerutan dan garis halus pada wajah terjadi adalah kerana kekurangan kolagen pada kulit wajah. Kolagen adalah merupakan protein yang menyumbang kepada 75% berat kepada kulit yang sihat. Apabila usia kita makin meningkat, tahap penghasilan kolagen akan berkurangan.



garis halus di wajah


Langkah mencegah kerutan di dahi dan muka;

  • Hindari berada di bawah sinar matahari secara langsung dalam tempoh yang lama. Ini lah penyebab nombor satu yang akan menimbulkan bermacam masalah terhadap wajah korang antaranya kerutan dan garis halus. Langkah melindungi kulit muka dari terdedah secara langsung harus diambil seperti penggunaan sunscreen.
  • Minum banyak air. Kekurangan air merupakan penyebab utama yang kedua menyebabkan kedutan dan garis halus di wajah korang. Untuk kulit kekal lembap dan anjal, seseorang itu memerlukan pengambilan air yang cukup. Sekiranya pengambilan air tidak mencukupi akan menyebabkan kulit wajah kurang keanjalannya dan akhirnya menyebabkan kedutan dan garis halus muncul.
  • Berhenti merokok. Merokok merupakan penyebab penuaan awal pada kulit terutamanya mengurangkan bekalan darah dan nutrien dalam kulit. Ini akan menyebabkan kulit wajah kehilangan keanjalannya. Merokok akan menyebabkan munculnya kerutan dan garis halus di hujung mata dan bibir.
  • Cukup tidur. Ketika kita kurang tidur, tubuh kita akan menghasilkan banyak hormon kortisol atau hormon yang berkaitan dengan stress yang mampu merosakkan sel-sel kulit. Sekiranya kita dapat tidur dengan secukupnya, tubuh badan mampu menghasilkan pertumbuhan sel-sel baru yang sihat dan anjal.
  • Makan makanan seimbang. Perbanyakkan sumber vitamin dari sayur-sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan serta sumber vitamin dari kekacang dan biji-bijian kerana membantu dalam mecegah penuaan kulit. 
  • Penggunaan sunscreen secara berkala. Biasakan penggunaan sunscreen sebelum keluar rumah dengan menggunakannya setengah jam sebelum keluar, kemudian digunakan lagi selepas beberapa jam kemudian.

Jadi sekarang selain dari mengambil langkah-langkah penjagaan seperti di atas, kita seharusnya menitikberatkan penjagaan muka dari luaran juga seperti menggunakan produk penjagaan muka. Pastikan produk muka yang dipilih adalah selamat dan tidak memudaratkan kerana produk yang dikhuatiri mempunyai bahan-bahan terlarang atau bahan-bahan kimia mampu merosakkan sel-sel kulit dan mendatangkan pelbagai masalah pada kulit muka. Produk yang selamat dan semulajadi adalah yang terbaik untuk memperbaiki dan memberi nutrien-nutrien penting dalam penjagaan sel-sel kulit muka. 

Youth merupakan produk penjagaan muka semulajadi dari bahan botani yang hebat yang mampu menangani penuaan pada tahap selular. Produk-produk yang dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin akan dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Selain itu kunci kepada kulit kelihatan cantik dan kelihatan lebih muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat.




Berbeza dengan produk-produk lain. Teknologi dari Shaklee bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit kita.

Pemulihan dari tahap sel. Hebatkan!. Sel kulit muka yang sihat akan memancarkan kecantikan semulajadi wajah anda.

Ok belek muka anda dalam cermin. Nampak seperti tiada cela tapi mesti ada garis-garis halus dan kedutan. Atasi dengan bijak dengan memilih YOUTH.

Hubungi saya Rosyati- 0196030603 untuk khidmat konsultasi ke atas produk penjagaan muka YOUTH dan vitamin-vitamin SHAKLEE pilihan anda hari ini!




Thursday, May 3, 2018

Suri rumah nak cari bisnes tapi tidak sesuai dengan keadaan - tak pening lagi, dah jumpa yang sesuai




Duduk sahaja di rumah menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Ada sedikit masa, jengah laman sosial, melihat rakan-rakan media sosial berniaga secara online.

Terdetik juga di hati. Nak berniaga seperti mereka. Lama-lama duduk di rumah tidak buat apa-apa, sampai satu masa bosan juga dan rasa ingin membuat sesuatu. Sambil menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, boleh mencari pendapatan sampingan.

Dengan..


  • keadaan kos sara hidup sekarang yang tinggi,
  • perasaan serba salah kepada ayah ibu kerana tidak memberi duit belanja,  
  • perasaan ingin ada duit poket dan saving sendiri,
  • nak membeli tertahan-tahan sebab kene minta duit suami,
  • kalau nak kerja, kena bayar duit upah mengasuh anak,
  • perasaan cemburu pada rakan-rakan yang mampu menjana pendapatan, 


semua ini terasa seperti memberi tekanan kepada kita hari demi hari. 

Bila ingin mula berniaga, bukan senang juga sebab banyak faktor yang perlu dipertimbangkan seperti

Nak...


  • keluar masuk dan hantar bungkusan ke pejabat pos dengan anak-anak kecil yang ramai,
  • COD barang terkejar-kejar masa,
  • kena simpan stok banyak-banyak di rumah,
  • kena ade modal yang banyak,


Jadi, niat untuk memulakan perniagaan terbantut kerana memikirkan perniagaan yang sesuai dengan keadaan kita.



Anda ada dilema macam saya??

Mulai dari hari ini, anda tidak perlu lagi berfikir panjang sebab saya sudah pun memulakannya. Sekian lama saya mencari-cari, akhirnya saya sudah jumpa dengan perniagaan yang memang boleh atasi masalah-masalah saya di atas atau menepati dengan kehidupan saya. Shaklee adalah perniagaan yang amat mudah untuk melaksanakannya.

Dengan Shaklee


  • Tak perlu simpan stok banyak-banyak di rumah
  • buat tempahan melalui online sahaja
  • modal hanya RM68.90 untuk menjadi ahli
  • pengeposan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat
  • tak makan gaji pon mampu dapat bonus


Ingin tahu bagaimana sistem bonus Shaklee?


sistem bonus Shaklee

Jika anda berusaha lebih, lebihla bonus yang akan diterima di samping mendapat untung runcit. Perniagaan Shaklee adalah perniagaan yang sangat adil dan patuh syariah. Di Shaklee, sekiranya downline sahaja yang bekerja keras, upline tidak, upline tidak layak untuk mendapat bonus. Produk Shaklee juga jelas dan bukan sekadar satu perjanjian yang mana tiada produk yang ditawarkan atau produk yang ditawarkan tidak jelas. Dan yang penting anda menjual produk yang terkenal dan berkualiti dan berasaskan kajian dan saintifik di belakangnya. Tidak perlu ragu.

Oleh itu saya sekarang sedang mencari rakan perniagaan yang berminat dan komited untuk menyertai "TEAM IGNITE" yang kini sedang berkembang. Di harap dengan permulaan langkah anda memilih kami dapat mengubah hidup anda 360 darjah. Bersama-sama kita mengimpikan pendapatan 4 ke 5 angka sebulan, malah lebih lagi anda mampu perolehi. Telah ramai jutawan telah dilahirkan oleh syarikat ini dan bonus-bonus lain yang menarik menanti anda.



Tidak tahu bagaimana nak buat ?

Jangan risau, bimbingan mentor-mentor sentiasa ada dan kelas-kelas online akan dapat memberi anda lebih banyak ilmu untuk membantu dan menyokong perniagaan anda yang tidak mungkin anda dapat di luar sana dengan PERCUMA. Ya percuma! tidak perlu bayar untuk masuk kelas dan melalui online sahaja secara santai.


kelas-kelas online disediakan


Mudahnya Shaklee.. 

Jangan teragak-agak ! kerana anda tidak akan tentu menyesal. Hubungi saya sekiranya anda berminat dan ingin mengubah hidup anda.

Rosyati
whatsapp: 0196030603
facebook: Rosyati Kadis








Wednesday, May 2, 2018

Labour day @ Ikea Tebrau

Semalam lepas ambik Along balik sekolah..

Along : esok “New year”. Teacher cakap cuti!!
Ibu : O yeke OK..(iya kan jela apa anak cakap). 
Kalau die excited bagitahu apa-apa macamtu, Adalah tu letter teacher selit dalam fail untuk parents baca. 

Rupanya esok nya tu 1 Mei. Cuti umum “Labour day rupanya”..nasib baik ibu tengok cepat surat teacher bagi tu. Kalau tgk lambat-lambat mesti dah pergi hantar Along pergi sekolah pagi-pagi. 

1 Mei 2018

Ayah tanya nak pergi mana hari ni?. Ibu laju je cakap Ikea jom!..sebab belum pernah pergi Ikea Tebrau ni sejak pembukaan dia pada Nov tahun lepas. Kebetulan nak cari barang juga dekat situ.

Entri ni just nak cerita pasal jalan-jalan kat Ikea ni. Arini kan public holiday “labour day”. Tentula ramai orang yang mengunjungi Ikea. Sampai Ikea time tu pukul 11.00 pagi camtu la. Terus naik sampai tingkat 2 untuk window shopping. Makaih masuk-masuk terus nampak food court...ramainya umat tengah makan kat food court dia. Ni makan pagi ke makan tengahari? 😄.

Besar Ikea ni. Mengah jugakla nak pusing-pusing dalam tu. Mana taknya Ikea Tebrau ni adalah Ikea yang paling besar di Asia Tenggara. 


Teringat dulu-dulu masa mula-mula Ikea ada dan jalan-jalan kat sana, tak faham sebenarnya konsep Ikea ni jual barang. Dahla jalan pusing-pusing, ada showroom, ade section barang-barang dan akhir sekali tiba-tiba masuk gudang???hahahha. Itu dulu lah..sekarang faham dah camne konsep shopping diorang ni...hihi. Ramai orang suka konsep modern sekarang ni kan kalau hias rumah. Ikea memang tempatnya untuk shopping. Showroom diorang memang banyak bagi idea untuk kita hias rumah. Sistem buat payment kat counter pon lain sikit sebab duit kertas dan syiling kene masukkan dalam mesin duit. Duit baki pon keluar ikut mesin tu. Cashier tinggal tekan-tekan je kat monitor. Hebat..hebat..

sambil beratur, wefie sikit


Lepas jalan-jalan pusing, biasalah perut dah mintak diisi la kan untuk lunch. Sebelum ni pernah makan sekali je kat Ikea Damansara. Itupun husband yang beratur beli makanan time tu. Kali ni, malas nak makan kat luar sebab dah ada di Ikea, so kitorang decide makan kat sini jela. Saya yang beratur untuk beli makanan. Dah bayar dan tengok bil, mahal juga makan dekat sini.

Roasted Half Spring Chicken (14.90)
Lamb Shank (RM29.90)
Chicken Wings 4 pcs (RM11.50)
Meatballs (RM15)
Mushroom Soup (RM4.20)
Strawberry Cheese Cake (RM7.90)
Biscuit (RM5.30)
Mix Nuts (RM6.90)


Bila tengok bil semula, rupanya berapa banyak cawan kita ambil, banyak itu kuantiti air yang kita beli. Contoh saya ambil 2 gelas kopi dan 2 gelas besar air. Jadi dikira saya beli 2 cawan kopi (RM2 x 2) dan 2 gelas air (air gas atau air manis yang disediakan) (RM2 x 2). Oh begitu...saya ingatkan kita boleh ambil berapa banyak gelas kosong di situ tanpa bayaran. Kalau tahu takdelah ambil gelas banyak-banyak...patutla bil terasa mahal. Bekas yang kita minta diletakkan meatball pon dikira juga. Lamb die memang sedap sebab dagingnya lembut dan kuah pon sedap. Strawberry cheese cake die pon sedap sangat. Rugi tak cuba. Yang lain-lain biasa-biasa sahaja.

Step Stool (RM149) bersama model cilik

Lepas pusing-pusing window shopping, berkenan dengan step stool ni. So ni jela barang yang dibeli kat sana. Step Stool ni memang dah lama nak beli letak di dapur. Untuk kegunaan lain pon boleh juga. Senangkan anak-anak kalau nak basuh tangan ke, nak cuci pinggan ke nak masak-masak ke. Memang ada niat nak ajar anak sulung masak dan bantu-bantu di dapur. Anak lelaki biar diajar dari kecil buat kerja-kerja perempuan ni, esok besar senang tak perlu nak diajar dan boleh berdikari. Esok kahwin pon ringan tulang bantu isteri. Tak kekok buat kerja dapur.

Sekian sahajalah entri kali ini, kesimpulannya seronok cuci mata window shopping kat Ikea ni. Boleh cilok Idea menghias rumah dan berangan-berangan ada bilik-bilik showroom macam diorang dekat rumah. Makan kat sini bagi saya biasa-biasa jela. Mahal sama je macam kat luar. Cuma satu je. Bila baca-baca nak buat entri blog pasal Ikea tebrau ni, baru tahu ade tempat mainan kanak-kanak dekat situ namanya “Smaland”. Hahahah masa pergi tu tak perasan langsung. Xpela next time pergi lagi, mesti masuk Smaland ni. InsyaAllah. Ok babai..





Monday, April 30, 2018

Perbezaan Shaklee





Apabila bercakap tentang kualiti atau keberkesanan produk, mestilah semua syarikat pengeluar supplemen mengaku produk mereka adalah yang terbaik di dunia.

Ada yang kata produk mereka diuji secara klinikal, dihasilkan oleh saintis hebat, diuji dalam makmal dan lain-lain. Tapi sangat jarang syarikat menampilkan sendiri barisan saintis atau bukti ujian klinikal dan landmark study yang sahih.

Produk Shaklee datang bersama kualiti dan sains di belakangnya, tiada tandingan dalam industri penghasilan supplemen di dunia. Ada beberapa perkara yang menjadikan Shaklee berbeza berbanding produk lain.



Perbezaan Shaklee


1. Shaklee adalah pencipta multivitamin semulajadi pertama di US. Iaitu Vitalea (dulu dikenali sebagai Vitalizer)

2. Produk dan prinsip Shaklee adalah harmoni dengan alam semulajadi. Bagi Shaklee, semua yang ada di dunia sudah ada hukum alamnya.

  • Shaklee adalah syarikat pertama memperolehi Sijil Climate Neutral di dunia pada tahun 2000.
  • Shaklee juga syarikat yang mengimbangi pelepasan karbon dioksida sepenuhnya dan kesan bersih ke atas alam sekitar.


3. Slogan Shaklee : Safe, Proven, Effective

a. Produk Shaklee adalah selamat

Ada beberapa point yang ingin saya ketengahkan:

  1. Shaklee melakukan ujian ke atas setiap ramuan baru daripada bahan pencemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, bukti radiasi dan bahan pencemar mikrob.
  2. Shaklee melakukan ujian ke atas bahan pestisid sebanyak 250 melebihi kehendak United States Pharmacopeia (USP).
  3. Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan setiap produknya adalah selamat untuk anda dan keluarga anda.
  4. Semua produk Shaklee adalah Bebas Gluten, di mana ia sesuai untuk mereka yang mempunyai sensitiviti atau alahan terhadap Gluten. Dengan produk bebas Gluten, anda akan memperoleh kesihatan penghadaman yang lebih baik.
  5. Semua produk Shaklee adalah Non-GMO dan diiktiraf melalui Identity Preserved Program (IPP). IPP adalah kaedah yang paling berkesan untuk memastikan produk Shaklee adalah kekal Non-GMO daripada proses penanaman biji benih sehingga proses pengeluaran.
  6. Semua produk Shaklee adalah berstatus biodegradable di mana ia memegang prinsip selamat, berkesan, semulajadi. Semua produk Get Clean Shaklee adalah biodegradable di mana ia tidak mengandungi fosfat, nitrik, dan borat.
  7. Semua produk dan ramuan Shaklee tidak diuji ke atas haiwan.


b. Proven. Suplemen Shaklee adalah terbukti.

Bagi Shaklee, kami tidak menyatakan sesuatu itu begitu sahaja. Kami ada bukti.

  1. Lebih daripada 125 jurnal saintifik diterbitkan. Semua produk kami mempunyai sokongan daripada 125 jurnal saintifik yang menunjukkan ia mampu memberikan perbezaan kepada tahap kesihatan anda. Salah satu kajian ini adalah Landmark Study yang mana telah menunjukkan pengguna supplemen Shaklee mempamerkan kesihatan lebih baik daripada 2 kumpulan ujian yang lain.
  2. Kajian Telomere menunjukkan pengguna yang mengambil Shaklee selama 5 tahun memiliki telomere yang lebih panjang berbanding pengguna tanpa supplemen (yang masih sihat).
  3. Shaklee memiliki 69 hak patent atau patent pending.
  4. Patented Delivery System (PDS) dilaksanakan untuk memastikan nutrisi daripada supplemen diserap sepenuhnya ke dalam badan. Ini memberikan nutrisi kepada badan pada masa dan organ yang tepat.


c. Effective. Supplemen Shaklee adalah efektif melalui Landmark Study.

Landmark Study Shaklee adalah kajian pengguna Shaklee memiliki kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan 2 kumpulan ujian yang lain.

Landmark Study Shaklee dibuat oleh pihak bebas dan berkecuali iaitu University Of California, Berkeley berkenaan corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi bagi pengambilan banyak jenis supplemen.

Landmark Study ini telah diterbitkan dalam Nutrition Journal, di mana ia dapat disemak secara online sejak 24 Oktober 2007. Apa yang saya boleh buat kesimpulan tentang Shaklee Landmark Study adalah:

  1. Kajian ini adalah yang pertama seumpamanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan supplemen untuk jangkamasa panjang. Tiada syarikat lain yang pernah melakukan kajian seperti ini selain Shaklee.
  2. Pengguna Shaklee mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang baik. Ini menunjukkan produk Shaklee adalah bioavailable iaitu mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
  3. Pengguna Shaklee mempunyai tahap biomarkers of disease risk yang lebih baik. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
  4. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
  5. Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik. Ini terbukti bilamana anda mampu hidup lebih sihat.
  6. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan supplemen Shaklee. Adalah terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.






Jadi sebelum anda memilih dan membeli sebarang supplemen di luar sana, kajilah dahulu latarbelakang syarikat pengeluar dan kandungan setiap produk ye. Jangan merisikokan kesihatan sendiri. Takut nanti dapat penyakit baru pula.

Satu lagi, keperluan supplemen adalah berbeza bagi setiap individu, jadi di sinilah pentingnya konsultasi dari mereke yang di yakini, kerana supplemen perlu diambil dengan ilmu dan barulah hasil yang kita perolehi adalah optimum dan tidak memudaratkan.

Anda rasa perlukan supplemen ? tetapi tidak tahu bagaimana nak mula ?

Jangan segan untuk menghubungi saya untuk khidmat konsultasi. Saya akan membantu anda untuk mendapatkan supplemen mengikut keperluan dan bajet masing-masing.






Saturday, April 28, 2018

Angkasawan dan Atlit bersama Shaklee

Entri kali ini saya nak kongsikan tentang satu info menarik untuk korang tahu tentang produk Shaklee ni. Shaklee bukan hanya diamalkankan oleh orang-orang biasa malah diamalkan oleh orang-orang hebat di dunia.

Siapa sangka Shaklee dah sampai ke angkasa lepas ? siapa sangka angkasawan dari NASA bergantung dengan supplement dari Shaklee ketika mereka berada di angkasa lepas? hebat kan.



Angkasawan NASA yang diperkasakan oleh Shaklee



Bagaimana kerjasama Shaklee dan angkasawan ini bermula ?


Sejak awal tahun 1990 an lagi, kerjasama Shaklee dan NASA telah pun terjalin. Angkasawan NASA menggunakan Vitamin Shaklee dalam setiap misi mereka di angkasa lepas hinggalah kembali mendarat di bumi




Sewaktu pendaratan ke bumi, angkasawan akan mengalami pelbagai sindrom seperti tidak keseimbangan tenaga, vertigo, pening, keletihan, dan masalah pada perut. Ini semua berlaku akibat daripada perubahan tekanan yang dialami semasa pendaratan. Maka Shaklee telah mencipta AstroAde iaitu formula multivitamin Vitalea yang telah diubahsuai untuk keadaan di angkasa lepas. AstroAde telah direka khusus untuk angkasawan NASA untuk membantu mereka kekal sihat dan bertenaga sewaktu di angkasa lepas dan juga semasa pendaratan.




Kepercayaan NASA kepada Shaklee ini merupakan satu pengiktirafan terbesar dan membuktikan supplemen Shaklee adalah yang terbaik. Maklumlah bukan mudah nak penuhi piawaian NASA. Malah angkasawan juga tidak boleh makan sembarangan bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada di paras yang terbaik untuk ke angkasa lepas. 

Malah tidak sekadar di angkasa lepas, angkasawan NASA turut menggunakan Vitamin Shaklee yang lain ketika berada di bumi.
Bukan hanya angkasawan, malah ramai atlit antarabangsa juga turut mengamalkan Shaklee dan telah meraih banyak pingat emas.
Di harap selepas korang dapat tahu info ini, korang lebih percaya terhadap Shaklee sebab mereka bukan cipta supplemen untuk orang-orang marhain sahaja seperti kita ini, tetapi kepada orang-orang penting seperti angkasawan ini. NASA juga bergantung kepada Shaklee untuk menghasilkan vitamin yang sesuai untuk orang-orang mereka. Selain daripada mendapat pengiktirafan dunia, vitamin Shaklee juga mendapat kelulusan halal dan mempunyai jaminan 100% semulajadi.