Popular Posts

Monday, April 30, 2018

Perbezaan Shaklee





Apabila bercakap tentang kualiti atau keberkesanan produk, mestilah semua syarikat pengeluar supplemen mengaku produk mereka adalah yang terbaik di dunia.

Ada yang kata produk mereka diuji secara klinikal, dihasilkan oleh saintis hebat, diuji dalam makmal dan lain-lain. Tapi sangat jarang syarikat menampilkan sendiri barisan saintis atau bukti ujian klinikal dan landmark study yang sahih.

Produk Shaklee datang bersama kualiti dan sains di belakangnya, tiada tandingan dalam industri penghasilan supplemen di dunia. Ada beberapa perkara yang menjadikan Shaklee berbeza berbanding produk lain.



Perbezaan Shaklee


1. Shaklee adalah pencipta multivitamin semulajadi pertama di US. Iaitu Vitalea (dulu dikenali sebagai Vitalizer)

2. Produk dan prinsip Shaklee adalah harmoni dengan alam semulajadi. Bagi Shaklee, semua yang ada di dunia sudah ada hukum alamnya.

  • Shaklee adalah syarikat pertama memperolehi Sijil Climate Neutral di dunia pada tahun 2000.
  • Shaklee juga syarikat yang mengimbangi pelepasan karbon dioksida sepenuhnya dan kesan bersih ke atas alam sekitar.


3. Slogan Shaklee : Safe, Proven, Effective

a. Produk Shaklee adalah selamat

Ada beberapa point yang ingin saya ketengahkan:

  1. Shaklee melakukan ujian ke atas setiap ramuan baru daripada bahan pencemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, bukti radiasi dan bahan pencemar mikrob.
  2. Shaklee melakukan ujian ke atas bahan pestisid sebanyak 250 melebihi kehendak United States Pharmacopeia (USP).
  3. Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan setiap produknya adalah selamat untuk anda dan keluarga anda.
  4. Semua produk Shaklee adalah Bebas Gluten, di mana ia sesuai untuk mereka yang mempunyai sensitiviti atau alahan terhadap Gluten. Dengan produk bebas Gluten, anda akan memperoleh kesihatan penghadaman yang lebih baik.
  5. Semua produk Shaklee adalah Non-GMO dan diiktiraf melalui Identity Preserved Program (IPP). IPP adalah kaedah yang paling berkesan untuk memastikan produk Shaklee adalah kekal Non-GMO daripada proses penanaman biji benih sehingga proses pengeluaran.
  6. Semua produk Shaklee adalah berstatus biodegradable di mana ia memegang prinsip selamat, berkesan, semulajadi. Semua produk Get Clean Shaklee adalah biodegradable di mana ia tidak mengandungi fosfat, nitrik, dan borat.
  7. Semua produk dan ramuan Shaklee tidak diuji ke atas haiwan.


b. Proven. Suplemen Shaklee adalah terbukti.

Bagi Shaklee, kami tidak menyatakan sesuatu itu begitu sahaja. Kami ada bukti.

  1. Lebih daripada 125 jurnal saintifik diterbitkan. Semua produk kami mempunyai sokongan daripada 125 jurnal saintifik yang menunjukkan ia mampu memberikan perbezaan kepada tahap kesihatan anda. Salah satu kajian ini adalah Landmark Study yang mana telah menunjukkan pengguna supplemen Shaklee mempamerkan kesihatan lebih baik daripada 2 kumpulan ujian yang lain.
  2. Kajian Telomere menunjukkan pengguna yang mengambil Shaklee selama 5 tahun memiliki telomere yang lebih panjang berbanding pengguna tanpa supplemen (yang masih sihat).
  3. Shaklee memiliki 69 hak patent atau patent pending.
  4. Patented Delivery System (PDS) dilaksanakan untuk memastikan nutrisi daripada supplemen diserap sepenuhnya ke dalam badan. Ini memberikan nutrisi kepada badan pada masa dan organ yang tepat.


c. Effective. Supplemen Shaklee adalah efektif melalui Landmark Study.

Landmark Study Shaklee adalah kajian pengguna Shaklee memiliki kesihatan yang lebih baik, berbanding dengan 2 kumpulan ujian yang lain.

Landmark Study Shaklee dibuat oleh pihak bebas dan berkecuali iaitu University Of California, Berkeley berkenaan corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi bagi pengambilan banyak jenis supplemen.

Landmark Study ini telah diterbitkan dalam Nutrition Journal, di mana ia dapat disemak secara online sejak 24 Oktober 2007. Apa yang saya boleh buat kesimpulan tentang Shaklee Landmark Study adalah:

  1. Kajian ini adalah yang pertama seumpamanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan supplemen untuk jangkamasa panjang. Tiada syarikat lain yang pernah melakukan kajian seperti ini selain Shaklee.
  2. Pengguna Shaklee mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang baik. Ini menunjukkan produk Shaklee adalah bioavailable iaitu mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
  3. Pengguna Shaklee mempunyai tahap biomarkers of disease risk yang lebih baik. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
  4. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
  5. Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik. Ini terbukti bilamana anda mampu hidup lebih sihat.
  6. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan supplemen Shaklee. Adalah terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.






Jadi sebelum anda memilih dan membeli sebarang supplemen di luar sana, kajilah dahulu latarbelakang syarikat pengeluar dan kandungan setiap produk ye. Jangan merisikokan kesihatan sendiri. Takut nanti dapat penyakit baru pula.

Satu lagi, keperluan supplemen adalah berbeza bagi setiap individu, jadi di sinilah pentingnya konsultasi dari mereke yang di yakini, kerana supplemen perlu diambil dengan ilmu dan barulah hasil yang kita perolehi adalah optimum dan tidak memudaratkan.

Anda rasa perlukan supplemen ? tetapi tidak tahu bagaimana nak mula ?

Jangan segan untuk menghubungi saya untuk khidmat konsultasi. Saya akan membantu anda untuk mendapatkan supplemen mengikut keperluan dan bajet masing-masing.






Saturday, April 28, 2018

Angkasawan dan Atlit bersama Shaklee

Entri kali ini saya nak kongsikan tentang satu info menarik untuk korang tahu tentang produk Shaklee ni. Shaklee bukan hanya diamalkankan oleh orang-orang biasa malah diamalkan oleh orang-orang hebat di dunia.

Siapa sangka Shaklee dah sampai ke angkasa lepas ? siapa sangka angkasawan dari NASA bergantung dengan supplement dari Shaklee ketika mereka berada di angkasa lepas? hebat kan.



Angkasawan NASA yang diperkasakan oleh Shaklee



Bagaimana kerjasama Shaklee dan angkasawan ini bermula ?


Sejak awal tahun 1990 an lagi, kerjasama Shaklee dan NASA telah pun terjalin. Angkasawan NASA menggunakan Vitamin Shaklee dalam setiap misi mereka di angkasa lepas hinggalah kembali mendarat di bumi




Sewaktu pendaratan ke bumi, angkasawan akan mengalami pelbagai sindrom seperti tidak keseimbangan tenaga, vertigo, pening, keletihan, dan masalah pada perut. Ini semua berlaku akibat daripada perubahan tekanan yang dialami semasa pendaratan. Maka Shaklee telah mencipta AstroAde iaitu formula multivitamin Vitalea yang telah diubahsuai untuk keadaan di angkasa lepas. AstroAde telah direka khusus untuk angkasawan NASA untuk membantu mereka kekal sihat dan bertenaga sewaktu di angkasa lepas dan juga semasa pendaratan.




Kepercayaan NASA kepada Shaklee ini merupakan satu pengiktirafan terbesar dan membuktikan supplemen Shaklee adalah yang terbaik. Maklumlah bukan mudah nak penuhi piawaian NASA. Malah angkasawan juga tidak boleh makan sembarangan bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada di paras yang terbaik untuk ke angkasa lepas. 

Malah tidak sekadar di angkasa lepas, angkasawan NASA turut menggunakan Vitamin Shaklee yang lain ketika berada di bumi.
Bukan hanya angkasawan, malah ramai atlit antarabangsa juga turut mengamalkan Shaklee dan telah meraih banyak pingat emas.
Di harap selepas korang dapat tahu info ini, korang lebih percaya terhadap Shaklee sebab mereka bukan cipta supplemen untuk orang-orang marhain sahaja seperti kita ini, tetapi kepada orang-orang penting seperti angkasawan ini. NASA juga bergantung kepada Shaklee untuk menghasilkan vitamin yang sesuai untuk orang-orang mereka. Selain daripada mendapat pengiktirafan dunia, vitamin Shaklee juga mendapat kelulusan halal dan mempunyai jaminan 100% semulajadi.



Friday, April 27, 2018

Bagaimana ESP boleh memambahkan susu badan?


Kelebihan ESP


Kalau nak tahu ESP ini adalah makanan tambahan pertama yang saya cuba dari Shaklee. Saya ambil ketika dalam pantang anak pertama. Alhamdulillah..ESP banyak membantu saya dalam melalui proses berpantang.

Kenapa saya cakap macam tu ? Kenapa saya tak cakap lepas minum ESP terus susu badan saya jadi meriah ? Kenapa saya tak khusus kan pada ESP membantu meningkatkan pengeluaran susu saya je ? (rujuk tajuk post ☝🏻).

Sebab sebenarnya banyak faktor yang boleh meningkatkan pengeluaran susu badan seseorang ibu tu. Bukan sebab makan atau minum makanan tambahan je. 

Post kali ni nak cerita dengan mudah tentang bagaimana minum ESP dapat bantu meningkatkan pengeluaran susu. Sebab saya pon pernah tertanya-tanya tentang soalan ini dulu. Yeke boleh? Makan supplement terus susu banyak ?? Jom baca 





Ok, macam mana ESP Shaklee dapat bantu tambah susu ibu?


Oleh kerana ESP ni membakar gula dalam kadar yang perlahan, ia mampu untuk membekalkan tenaga dalam jangka masa yang panjang. Jadi ESP membantu ibu bersalin untuk kekal bertenaga sepanjang hari walaupun sibuk menguruskan diri dan  bayi dalam proses berpantang.
Ibu yang tidak letih dan stress dalam berpantang atau pun bila-bila masa akan membantu sistem di dalam badan untuk meningkatkan pengeluaran susu.
Di samping itu, ESP membantu pengeluaran susu ibu yang berkualiti dan berkhasiat. Kandungan susu ibu sebenarnya adalah tinggi protin dan kalsium. Mungkin disebabkan ibu masih lemah dan tak mendapat makan yang cukup, bekalan protin adalah berkurangan. Jadi ESP yang mengandungi protin tulen ni memberi sumber protin yang secukupnya kepada ibu serta bayi yang disusukan.
Fungsi protin untuk bayi sangat banyak. Protin membina sel-sel badan dan otot. Jadi pentinglah protin yang ibu ambil tu cukup dan berkualiti.


Apa kandungan ESP Shaklee lagi yang bagus untuk ibu menyusu tambah susu,dan untuk bayi?


Selain protin, di dalam ESP Shaklee ada kalsium dan vitamin B juga.
Fungsi Kalsium untuk ibu menyusu dan bayi
Ibu-ibu mesti tahu, kalsium penting untuk tumbesaran bayi kita. Mana nak dapat supply kalsium kalau tak dari susu ibu. Kalau ibu pun tak cukup, bayi terjejas, ibu sendiri turut terjejas. Mudah sakit badan, gigi tak kuat, pembesaran bayi boleh terbantut. Jadi dalam nak tambah susu badan tu, penting juga cukupkan bekalan kalsium untuk diri.
Fungsi Vitamin B untuk ibu menyusu dan bayi
Vitamin B penting untuk pembinaan sel darah merah juga mengawal saraf. Vitamin B juga membantu elak meroyan dan kawal stress. Jadi, ibu dapat menyusu dengan tenang dan menghasilkan susu lebih banyak.
Vitamin B juga sebenarnya berfungsi convert makanan kepada tenaga. Tip paling penting untuk tambah susu badan adalah ibu itu sendiri sihat, bertenaga dan mood happy !
Sekarang jelas tak bagaimana ESP boleh bantu meningkatkan susu ibu ? semoga entri saya kali ini bermanfaat kepada anda supaya lebih jelas tentang fungsi ESP di dalam tubuh badan anda. 
Jika berminat ingin tahu lebih lanjut tentang produk ESP yang laku keras ni, bole pm saya. Begitu juga jika berminat terhadap produk-produk Shaklee yang lain. Terima kasih.


Tuesday, April 3, 2018

My story : Changing Brands can Change Your Life (Part 2)

sambungan....

Ok ni sambungan dari cerita saya sebelum ini ye.

Saya mengamalkan vitamin dari Shaklee untuk rawat masalah resdung saya ni megambil masa juga..
Mula-mula saya juga mengeluh dan fitrah manusia bila ada masalah, kita nak selesaikannya secepat mungkin kan..sama macam saya

mengeluhla...napa lama nak baik resdung ni..makan tak jadi pape pun..

Selepas banyak membaca barulah saya faham. Pemakanan supplement ini tidak sama dengan kita makan ubat. Ubat memang dicipta untuk memberi kesan tindakan dengan cepat untuk merawat penyakit dengan segera.
Tapi makanan tambahan pula mengambil masa sebab ia memperbaiki secara perlahan-lahan daripada dalam. Jadi kesannya lebih kepada kesan jangka masa panjang.

Ubat kita tidak boleh nak saja-saja makan. Tapi supplement, sebaiknya kita amalkan sejak muda sementara masih sihat untuk mencegah penyakit.

Oh begituu...

Jadi selepas 2 bulan saya amalkan saya sudah merasa sedikit perubahan. Contohnya saya dah boleh menyapu habuk dengan begitu sahaja...maksudnya tidak bersin-bersin disebabkan habuk-habuk tu..kalau tak saya memang siap pakai mask atau topeng muka tau bila nak menyapu sampah.

Lepas tu pagi-pagi dah tak gonyoh-gonyoh mata..bukan tiada langsung tapi sudah jarang saya gatal-gatal di kawasan mata.

Lepas daripada tu satu-satu lah kesan-kesan positif saya perasan..sehingga kini saya merasakan resdung saya sudah amat-amat berkurang berbanding dahulu..sudah selesa untuk melakukan kerja-kerja seharian.

Ok sebenarnya saya nak cerita apa yang membuatkan saya berubah selepas guna Shaklee ni..hehe..



mula terfikir...

Selepas makan vitamin ni, terfikir la kan..."alang-alang makan vitamin sebab nak sihat, kenapa aku tak nak ubah cara makan, cara hidup aku untuk elak penyakit-penyakit ni..itukan lebih baik ? Mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Jadi dari situlah saya mula ubah apa yang boleh diubah ke arah kesihatan yang baik. Yelah penyakit-penyakit ini kebanyakannya berpunca dari apa yang kita makan kan.

Tau tak ? saya ni memang dari kecik dibesarkan dengan masakan yang dibubuh perasa atau MSG atau lebih senang cerita Ajinomoto. Abah memang suka lauk-lauknya diletak ajinomoto sebab lagi sedap kan. Serius kalau orang dah selalu pekena pak aji ni, dah tak boleh terima makanan yang tiada aji atau boleh rasa perbezaanya dengan yang tidak letak.

Semakin menginjak usia, semakin dapat merasakan kesan-kesan negatif terhadap badan akibat tidak menjaga pemakanan dari muda. Tubuh badan rasa lemah buat kerja sikit dah penat. Badan rasa berbisa juga kalau ditepuk atau dipukul. Padahal tak kuat pon. Rambut gugur banyak...senang kene selsema dan banyak lagi lah..

Sebenarnya banyak lagi faktor lain yang membuatkan kita jadi macamtu. Bukan semata-mata sebab makan aji banyak. Faktor persekitaran, faktor umur, faktor ubat, faktor teknologi dan sebagainya.
Terima jela sebab sesetengah perkara tu memang kita tidak boleh mengelak.
Tapi kita ada pilihan untuk menjaga tubuh badan kita dari penyakit-penyakit merbahaya.



Jadi sekarang apa yang saya dah ubah ?

  1. Masak : tanpa guna ajinomoto dan bahan-bahan perasa lain. Gula yang saya gunakan dalam masakan dan minuman adalah gula organik dan garam saya gunakan garam bukit. Garam dan gula ni bukan yang diproses tapi yang semulajadi.
  2. Ayam : saya beli ayam organik. Saya memang hantu ayam. Kalau tidak beli untuk diri sendiri, saya beli untuk anak-anak makan. Maklumlah...ayam organik sedikit lebih mahal dari ayam biasa..
  3. Bersenam : Sejak makan Shaklee ni berkobar-kobar rasa nak bersenam kerana untuk mencapai kesihatan yang optimum kenelah bersenam juga. Jadi saya walau sesibuk mana mesti cari masa untuk bersenam. Bersenam di rumah je..
  4. Kafein : Lepas makan Shaklee, dah jarang minum kopi, teh-O, teh ais..kalau boleh saya elak...kalau nak minum sangat baru minum. Itu pon saya kene plan minum 2 jam sebelum atau selepas makan supplement. Ini sebab minuman-minuman ni akan menggangu penyerapan nutrien dengan baik. 

Ok setakat ni jela perubahan yang Shaklee dah bawa ke atas gaya hidup saya..tak banyak tapi Alhamdulillah dengan perubahan ni telah pun memberi kesan ke atas kesihatan dan kecergasan saya sekarang. Contohnya kalau dulu petang mesti nak tidur juga setelah melayan anak-anak dan membuat kerja rumah tapi sekarang tak tidur pon takpe..badan terasa lebih bertenaga dan dah tak mudah letih dan mengantuk lagi..Ringan dan sedap je badan..bangun pagi pun mudah.

Syukur dengan asbab Shaklee ni saya jadi setakat saya hari ini..nak berubah bukannya senang kan..kalau  dulu cakap nak ubah tak buat-buat pon, tapi lepas Shaklee saya terus boleh ubah gaya hidup saya dengan mudah..Alhamdulillah..



Pengedar Shaklee

Saya telah menjadi sebahagian dari Shaklee. Sesiapa yang ingin bertanya dan ingin membuat tempahan produk Shaklee boleh hubungi saya atau
WhatsApp : 0196030603

COD : Taman Mutiara Rini, Taman Universiti, Sri Skudai, Pulai Utama dan kawasan sekitarnya.

Sekian 💓