Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini dah masuk hari ke-20 Kak Sya dalam sesi berpantang selepas keguguran anak ke-4 tempoh hari pada minggu ke-11. Baru rasa ada masa sedikit nak update blog. Saat-saat keguguran tempoh hari wajib kak Sya update dalam blog sebab ia merupakan satu pengalaman yang Kak Sya tak nak dan tak boleh lupakan.
Pertama kali mengalami keguguran membuat Kak Sya lebih membuka mata terhadap kesengsaraan dan kesedihan ibu yang mengalami keguguran. Serius, sebelum ni dengar orang keguguran, Kak Sya rasa keguguran ni biasa-biasa je. Tapi, Subhanallah...keguguran ini adalah sangat memberi kesan kepada ibu-ibu dari segi kesihatan dan emosi ibu-ibu.
The story begin..
Hari-hari Kak Sya seperti biasa. Tiada tanda-tanda seperti sakit bahagian perut atau sakit-sakit senggugut sebelum keguguran. Tapi 2 hari sebelum tu Kak Sya ada menyuarakan kebimbangan kepada husband terhadap kandungan sebab mengandung kalini paling lewat pergi check-up. Belum pernah jumpa doktor dan scan selepas tahu mengandung haritu. Jadi bagitahu husband kalau jadi apa-apa pada bayi kita tak tahu apa-apa.
4/2/2019 (Isnin)
4.00pm
Sebenarnya dari pukul 3.00pm lagi Kak Sya dah rasa tak selesa kat bawah tu, tapi Kak Sya terus tidur je. Pukul 4.00pm Kak Sya terbangun dari tidur petang. Bila berjalan terasa ada benda melekit dan licin di bawah. Kak Sya dah rasa lain macam. Pergi toilet dan cek terkejut ada kesan darah berwarna coklat gelap. Time ni Kak Sya terfikir mungkin pendarahan ''spotting'' di awal kehamilan. Tiada yang serius kot. Tapi terdetik juga di hati tentang tanda-tanda keguguran. Sebab orang cakap spotting ni tanda darah tak banyak, mungkin sebesar 10-20 sen. Tapi pendarahan Kak Sya ni boleh dikatakan banyak juga sebab hampir selekeh satu seluar dalam dengan cecair tu. Abistu, lekas-lekaslah Kak Sya telefon husband bagitahu. Husband Kak Sya ketika itu kelu tak tahu nak cakap apa dan apa nak buat.
Lepas darah coklat tu keluar, baru Kak Sya ada rasa sakit-sakit seperti senggugut. Kat bawah rasa tak selesa dan pinggang rasa lenguh-lenguh. Ajak husband pergi hospital malam tu jugak sebab risau akan keadaan bayi dalam kandungan ditambah risau sebab tak pernah jumpa doktor dan scan apa-apa lagi.
8.00pm
Hari tersebut adalah malam sebelum raya Cina. Sesampai di Hospital Columbia Asia, staff nurse dah bagitahu doktor emergency sahaja yang ada pada ketika itu. Doktor pakar tiada. Ok takpelah kami teruskan juga cek. Bila tiba giliran bagitahulah doktor semua yang Kak Sya alami. Doktor cuma buat kesimpulan, ini adalah tanda-tanda awal keguguran. Rasa macam tak puas hati sangat. Dahla dapat jumpa doktor emergency sahaja, doktor hanya cek tuala wanita tanya darah warna apa dan cek-cek perut tekan-tekan camtu je.
Kak Sya bagitahulah doktor tak boleh ke buat scan atau apa-apa?. Lagipun ini pertama kali saya nak scan baby. Sebelum tu memang dia dah bagitahu, dia tak boleh cek sebab machine semua dekat klinik pakar. Doktor tu nampak macam nak tolong sesuatu jadi dia bagitahu saya akan tolong cek tapi machine yang dia guna ni mechine radiology ke ntah apa ntah. Hanya boleh scan biasa sahaja. Tidak detail seperti boleh cek degupan jantung dan ukur saiz baby. Kak Sya rasa bersyukur dah time ni. At least dapat tahu keadaan baby camna. Concern Kak Sya ketika ini baby masih ok atau tidak maksud Kak Sya boleh diselamatkan lagi atau tidak. Kalau baby dan kandungan masih boleh diselamatkan, doktor mesti beri ubat kuatkan rahim supaya kandungan boleh bertahan. Kak Sya takut sangat kalau terjadi apa-apa pada bayi sedangkan kita boleh mengambil langkah awal untuk selamatkannya.
Kak Sya ditolak ke sebuah bilik lain yang ada machine tersebut. Hati berdebar-debar sangat. Pertama kali dapat scan baby ke-4 Kak Sya ni walaupun tak sempurna check-upnya. Doktor scan perut dan Kak Sya melihat bersama, ada kelihatan kantung dan janin di dalamnya tapi doktor bagitahu tak nampak degupan jantung. Bila tanya doktor biasanya dah boleh lihat degupan jantung pada minggu-11 kandungan. Kak Sya pun dah tak ingat macam mana rupa jantung baby tu bergerak. Adalah sedikit perasaan sedih ketika ini, tapi doktor tu macam tak sure. Dia bagitahu mungkin sebab jantung baby tak form lagi atau baby memang dah tiada. Kak Sya rasa masih ada harapan lagi sebab yang cek ni pun bukan Gynea atau doktor pakar bidan. Malam tu Kak Sya dibekalkan ubat kuatkan rahim sahaja. Kak Sya kena makan 4 tablet terus sekali gus pada malam tu dan bekalan ubat untuk hari seterusnya selama satu minggu. Kak Sya dinasihatkan makan 2 biji sehari, siang dan malam. Balik dengan keadaan yang agak sedih dan dengan sedikit harapan tiada apa yang berlaku pada baby.
5/2/2019 (Selasa)
Sepanjang hari dari pagi bleeding coklat pekat dan sakit hanya rasa senggugut yang ringan sahaja. Kak Sya ada terfikir kalau ini adalah keguguran, rasa macam nak tunggu dia turun sendiri je sampai bleeding betul-betul. Tapi petang tu husband ajak beli barang kat luar tapi Kak Sya cakap Kak Sya tak nak sebab risau dengan kandungan. Kalau boleh tak nak berjalan banyak. Tapi terfikir ada tak klinik pakar wanita yang buka pada cuti am, cuti Tahun Baru Cina ni. Kalau ada nak sangat pergi scan baby dengan sempurna. Boleh tahu keadaan baby dengan sebaiknya. Sebab semalamnya dah call satu klinik yang boleh scan baby ni, tapi doktor dah mula bercuti dan akan masuk seminggu lepas tu. Kak Sya dan husband pun cubalah survey lagi klinik-klinik yang boleh scan di hari cuti am ni. Alhamdulillah jumpa satu Klinik ni boleh buat scan pada hari ni. Klinik Arissa dekat Taman Sri Pulai Perdana.
2.00pm
Lega sangat di saat-saat tertanya-tanya ni dapat juga buat check-up baby dengan sempurna. Kak Sya dah redha ketika ini jika ada sesuatu yang berlaku terhadap kandungan. Bila doktor scan atas perut, doktor dah dapat agak sesuatu yang berlainan iaitu janin yang dilihat adalah lebih kecil dari yang sepatutnya. Dan tiada degupan jantung baby kelihatan. Untuk kepastian dan untuk diagnosis yang betul, doktor perlu scan dari bawah juga. Setelah di ukur saiz janin, doktor mengatakan yang janin tidak berkembang dari minggu ke-8 lagi. Lepas dengar diagnosis tersebut, Kak Sya lapangkan dada dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk Kak Sya. Husband juga begitu.
Doktor tersebut buat surat rujukan ke hospital untuk buat d&c. Husband minta dirujukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sebab kalau Hospital Sultanah Aminah (HSA) dikhuatiri ramai. Kami buat keputusan untuk malam tu juga pergi ke hospital sebab first time keguguran, ikut jela cakap doktor. Seeloknya buat cepat sebab janin yang tak berkembang dah lama dalam perut, dikhuatiri menjadi racun dalam badan dan memudaratkan kesihatan. Kak Sya memang dah ada rasa pening-pening time ni.
8.30pm
Sampai di HSI, terus menuju ke bilik saringan dewan bersalin. Dengan surat rujukan yang Kak Sya bawa, dikenakan bayaran RM30 untuk rawatan selanjutnya. Lepas daftar, salin kain hospital dan disuruh baring. Doktor tanya bleeding banyak mana dan berapa kali tukar pad. Pada tahap ni Kak Sya bleeding tak banyak dan tak sikit juga lah. Tapi darah dah tukar warna merah fresh dan dah ada serpih-serpih darah beku keluar.
Doktor pelatih scan tengok kantung baby dan janin macam biasa. Dia nak tahu kantung masih ada atau tidak baru dia beri konsultasi. Lepas tu dia cek bawah, dia masukkan mulut itik dan dia macam ada masukkan alat dan korek sikit-sikit. Lepas tu dia bersihkan dan lap-lap darah kat bawah tu. Lepas tu dia minta nasihat doktor pakar pulak. Doktor pakar datang scan perut sekali lagi dan dia tak bagi buat d&c lagi sebab kalau boleh mereka galakkan kandungan gugur sendiri. Biasanya tunggu 2 minggu, lagipun Kak Sya baru bleeding 2 hari. Jadi mereka suruh balik dahulu. Jika ada turun darah ketul dengan banyak atau kantung dan janin dah keluar baru datang semula. Kak Sya ikut jelah kata doktor. Mereka pun pelik juga kenapa doktor dari klinik Arissa tu terus suruh buat d&c sedangkan doktor tersebut adalah doktor pakar kerajaan dari HSA. Kak Sya pun tak tahulah.
6/2/2019 (Rabu)
1.50am
Kak Sya terjaga dari tidur dan lepas tu dah tak senang tidur sebab rasa sakit makin kuat ketika ini. Ada rasa macam ada benda nak keluar dari bawah tu. Macam padat je rasa benda menekan kat bawah. Pusing kiri, kanan semua tak kena. Rasa sakit datang menjadi-jadi selepas beberapa minit lepas tu. Sakit contraction !!. Sakit macam nak beranak. Sakit datang selang dalam 5 min camtu. Kak Sya dah rasa ini adalah petanda nak gugur.
2.15am
Sakit sangat-sangat bila rasa ada benda nak keluar kat bawah tu. Kak Sya cuba cari position yang buat Kak Sya lebih selesa tahan sakit. Positionnya adalah duduk atas kaki berlipat. Macam duduk ala-ala orang Jepun duduk sopan tu tapi ni style mengangkang sikit hahahha.... Untuk bagi lega sakit Kak Sya membongkok ke depan beralaskan bantal atas riba. Memang rasa lega sikit sakit dan Kak Sya boleh rasa benda tu senang nak keluar. Bila datang sakit contraction tu, Kak Sya tahan lah sorang-sorang sakit cam nak beranak tu tapi takdelah sampai nak menjerit macam biasa Kak Sya beranak heheh..sakit lagi wooo kalau beranak betul-betul..sebab baby dah besar. Lepas habis sakit contraction yang pertama, yang tahap high pitch tu, Kak Sya cuba gerak sikit dan cuba nak bangun, bruuuuuppp......mencurah-curah darah beku keluar sambil rasa suam je kat bawah tu sebab darah fresh keluar dari badan. Cepat-cepat pergi toilet tengok. Satu pengalaman sebab tak pernah tengok darah beku sebanyak itu sebab bila bersalin sebelum ni kat hospital, kita tak menghadap darah-darah tu. Nurse yang bersihkan. Period pun takda la sampai banyak darah beku camtu. Sampai banjir terkeluar-keluar darah beku tu ke dalam seluar pulak sebab tak sempat diserap dalam pad lagi. Nak pengsan rasa. Tercari-cari juga kalau-kalau ada rupa janin dan kantung tapi tak ada.
Dah salin seluar dan pad baru, sakit tu datang lagi lepas tu, time ni sama rasa sakit dia. Aduhh...tahan sakit contraction lagi dengan kedudukan yang sama. Dah abis rasa sakit ni, bangun semula. Sekali lagi bruuuuupp...darah beku keluar dengan banyaknya dan panas je rasa. Pergi toilet lagi nak bersihkan. Kalini perasan ada something yang keluar sekali warna macam peach2 gitu. Keluar dari toilet laju pergi kejutkan husband dan bagitahu dia, benda tu dah keluar. "benda" tu merujuk kepada kantung dan janin. Kak Sya yakin jela sebab warna dia lain dari warna darah-darah beku tu. Bila tunjuk dekat husband, dilihat betul-betul kelihatan jari-jari kecil di atas darah-darah yang gelap tu. Ya Allah baby la tu bang !!!...subhanallah, tak sangka dapat tengok janin yang dah tak bernyawa iaitu anak ibu sendiri. Serta merta bergenang air mata melihat anak syurga ibu. Dah ada mata, tangan, kaki dan mulut. Ayah pun melihat dengan sedih la kot. Senyap je dia. Ish masa menulis ni pun bergenang jugak air mata bila teringat. Ibu tarik nafas panjang-panjang ambik ketenangan.
Lepas dua kali rasa contraction ni, rasa sakit dah semakin kurang. Darah beku keluar dari semasa ke semasa seiring dengan rasa mild contraction. Lepas turun darah banyak ni dan janin pun dah keluar, Ibu tak berhajat nak pergi terus ke hospital sebab tak nak kena korek-korek kat bawah lagi lepas dah kena korek siang tadi. So ibu bagitahu ayah nak pergi lepas breakfast nanti.
10.30am
Sesampai di HSI, di bilik saringan sekali lagi, disuruh baring dan discan macam biasa. Lepas dah turun darah banyak tu, di tahap ni doktor nak lihat masih ada tak saki baki sisa kandungan dalam rahim. Doktor scan dan dia kata masih ada dan mulalah sesi korek-mengorek lagi nak bersihkan. Kak Sya nak buat apa, tadah aja lah demi kesihatan. Lagipun teringat dulu lepas bersalin anak ke-2, Kak Sya masih lagi rasa sakit sengal-sengal dekat rahim. Itu disebabkan sisa-sisa kandungan, uri atau darah masih tertinggal dalam rahim. Tapi tak lama lepas tu dah ok dah. Mungkin dah turun dengan sendirinya. Kalau doktor tak cuci kasi bersih sekarang, kemudian hari, Kak Sya juga akan rasa sakit.
Lama juga doktor pelatih cuci rahim Kak Sya. Asyik keluar masuk je mulut itik tu dan dimasukkan alat untuk korek sisi-sisa kandungan tu. Sakit la wei jangan tanya tau ! nyeri rasa, sampai terkepit-kepit rasa kulit kat bawah tu. SENAK !!!! bila die tak puas korek pakai alat-alat tu dia masuk tangan pulak kat bawah. Seluk dalam-dalam k. Bila tengok glove dia tu macam darah cover hampir satu penumbuk dia. Bila berjaya dikeluarkan sedikit doktor tu tunjuk pada Kak Sya ada tak sisa-sisa daging macamni keluar kat pad awak?. Kak Sya cakap yang ini tak ada lagi tapi Kak Sya ada perasan sikit-sikit masa sampai kat hospital tu. Mungkin dia baru nak keluar. O doktor cakap yang tadi tu baru keluar darah bekulah?....ooo Kak Sya pun baru lah lebih jelas. Daging-daging tu la yang nak dikeluarkan daripada rahim. Kalau tertinggal boleh sakit dibuatnya dan akan berlaku jangkitan. Daging-daging tu macam daging uri anak kita. Dia berjaya keluarkan in pieces atau pecah-pecah sebab dia korek pakai alat kan.
Dah 20 min Kak Sya rasa dia korek. Itu pun tak berjaya habis keluar. Dia boleh cakap tak berapa nampak sangatlah scan, awak minum air segelas dulu, bagi pundi kencing penuh. Nanti kita scan lagi....Adussss kenapa tak cakap awal-awal, kalau tahu macamni Kak Sya tak bagi korek lagi, sampailah rasa pundi kencing penuh. Nasib-nasib..Kak Sya dah menggigil kesejukan terkangkang tahan kena korek tadi. Nak sambung balik??..
Kali ni pundi kencing dah penuh. Sekali doktor pakar datang. Doktor pelatih berilah segala maklumat dari awal kepada doktor, siap kena marah lagi sebab tak confident bagi jawapan. Doktor pakar scan sekali lagi dia pun dapati masih ada lagi sisa yang tertinggal. Doktor ni memang best giler sebab rasa tenang je bila dia bagi penerangan lepas tu dia pujuk habiskan dekat sini. Kalau tak kena tolak OT Room untuk buat d&c. Kat dalam OT sana, nanti awak lagi sakit sebab kena bius, nak kena cucuk tangan la dan macam-macam prosedur lain lah. Ok Kak Sya lapangkan dada tarik nafas panjang-panjang bersedia untuk kena korek lagi. Tapi kali ni doktor pakar buat tak sakit pun. Rasa macam berjalan lancar je. Dia bagi arahan pun kita tenang je. Dia cuba masuk alat-alat tu balik dan korek sikit-sikit dan Alhamdulillah dia scan balik dah takde dah cebisan tu. Rasa lega sangat. Tak tahu dia buat macam mana tapi sekejap je dah jumpa. Berakhirlah penyiksaan korek-korek ni. Kak Sya ucap banyak-banyak terima kasih kat doktor pakar tu. Actually prosedur yang Kak Sya jalankan ni pun prosedur d&c juga. Tapi secara manual guna alat-alatan dan tangan. Syukur nak masuk OT Room tu pun Kak Sya seram jugak. Paling tak suka kena cucuk tangan tu. Sakit jarum besar. Syukur dah selesai semua. Terus boleh discharge dah.
1.00pm
Doktor nasihat kalau nak mengandung semula sebaiknya lepas 3 bulan atau lepas period dah datang beberapa bulan. Rahim dalam proses penyembuhan daripada luka-luka yang mungkin dialami daripada proses d&c tu.
Begitulah cerita Kak Sya keguguran buat pertama kali dalam hidup. Semoga Kak Sya diberi kesihatan berpanjangan dan selepas kehilangan ni akan membuat Kak Sya lebih dekat denganNya. InsyaAllah.