Arini ibu ade masa sikit nak update balik pasal pergi jalan-jalan dekat G2G Zoo Animal Garden tempoh hari...
hahaha, da 2 minggu dah pon ibu...lantaklahhh..
Gara-gara viral kat Fb, cerita2 tentang ada petting Zoo yang baru ni...kitorang pon nak pergi la jugak menjejak ke sana.
Ayah Ibu memang suka bawa anak-anak pergi ke tempat macamni sebab nak latih anak ibu sayang akan binatang dan mendekati mereka.
Nampak seperti menyeronokkan...jom lah kita sekeluarga pergi yop !
Kitorang sampai sana awal juga. Petting zoo bukak pukul 10.00am, kitorang sampai dalam 10.30am.
Ya Allah time ni pon dah ramai orang serbu...Jalan masuk ke kawasan ni sunyi je, tapi bila sampai sana kereta dah banyak parking dan boleh nampak orang-orang yang dah datang masuk.
Nasib baik kitorang datang awal sikit, kalau tak jauh juga nak cari parking.
Masuk dengan bayaran ;
1. Dewasa : RM15
2. Kanak-kanak (>90cm) : RM7
Jadi tiket masuk kami hanya untuk ayah, ibu dan Along sahaja...
Laluan masuk dalam petting zoo ni memang dah ditetapkan sehaluan sahaja bagi mengelak kesesakan..
Ibu baca kemudahan di sini memang ade laluan untuk stroller. Memang senangla kan kalau bawa bayi dengan stroller. Mula-mula ibu pon ade fikir nak pakai stroller je, tapi bila fikir balik, macam susah juga bawa stroller bila nak tengok-tengok binatang dan mana tahu ibu pon nak turut serta pegang-pegang binatang. Nak bagi sokongan dekat anak-anak sekali supaya berani mendekati binatang.
Masuk-masuk binatang pertama adalah arnab yang di dalam sangkar, lepastu adalah dua pondok kecik kiri dan kanan. Pondok yang kanan ade beberapa haiwan kecil seperti labah-labah dan seekor ular yang boleh diambil gambar bersama.
Yang pondok sebelah kiri, terdapat keluarga-keluarga cicak..ibu pon tak tengok dengan dekat sangat sebab nak masuk pun berebut-rebut, macam ikan bilis dalam tin.
Pastu nak masuk kene bukak-bukak kasut dulu. Leceh...
Ada juga dua ekor racoon comel yang hyper...tak boleh duduk diam diorang ni. Nak memanjat je kejenya...ikut nasib la kalau die nak ngan korang di panjat la kalau tak, takdela...Ibu raba-raba muka die je, malas nak pegang...Hidung die lembut sangat..
Pastu ada sarang burung..
Anak-anak boleh beli kuaci dan beri burung-burung ni makan..ade banyak juga spesis burung dalam ni.
Burung kakak tua biru tu saje je tau..time nak ambil gambar, time tu die pusing ke belakang..
Berani tak ibu pegang...hehehe. Kene tunjuk berani depan anak
Pilih-pilih prospek untuk dijinakkan...
Along dalam cubaan untuk memujuk kambing untuk makan. Kambing tu jual mahal
Lepas tu tengok kambing. Binatang paling banyak yang korang akan jumpa kat sini adalah kambing. Kambing kat sini jinak-jinak juga. Senang diajak bergaul hahaha janji korang ade umpan di tangan la...
Makanan dijual dengan harga RM1 satu mangkuk.
Kitorang beli semangkuk nak bagi kambing-kambing ni makan. Along excited la nak bagi kambing ni makan.
Sebab kambing pon banyak... datang pagi-pagi lagi, kambing-kambing ni adalah yang lapar agaknya....senangla nak mengumpan..
Sebenarnya kambing tu yang akan datang sendiri kat korang kalau korang ade pegang makanan. Lupa plak nak snap gambar makanan yang dibeli tu, sebab ibu tengok macam makanan arnab je...tapi diorang belasah jugak...
Pakai baby carrier lagi mudah nak ke mana-mana..Radhiyah sedang nak lelap
Baby Radhiyah mula2 excited juga nak tengok binatang, lama-lama belayar juga di lambung ombak ibu...sedap kene peluk dokong ye sayang...
Kuda dan kuda padi (poney) pon ada..anak-anak yang sesuai dengan ketinggian boleh cuba menunggang kuda di sini..bayaran tak pasti pulak..malas nak tanya sebab anak pon tak boleh tunggang, kecik lagi...
Hahahha seriau..dekatnya Angah dengan Poney tu..Angah memang suka laga-laga kepala...dengan Poney pon nak laga kepala jugak ke?...
Kata zoo keeper tu, Poney ni tengah stress sebab tu die cakar-cakar tanah tu...ooo....
Last sekali ade sebuah kandang kambing...kat sini bolehla pegang-pegang kambing jugak..tu pon kalau kambing tu julur kepala nak makan..kalau tak takdelah...
kambing biri-biri pon ada...
Di luar ada juga aktiviti lain yang anak-anak boleh main seperti main bubbles.
Kesimpulannya, apa yang ibu rasa...biasa-biasa je pergi sini...best lagi Farm in The City...
Kat sini, tak berapa banyak binatangnya..dan tidak banyak aktiviti-aktiviti menarik untuk anak-anak macam di FiTC..tapi okla kan dapat pergi sekali. Lagipon tak banyak petting zoo di Johor, tempat tinggal kami, sebab tu ibu datang sini juga. Yang penting masa kualiti kita bersama keluarga dan dalam masa yang sama mengajar dan memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak kita.