Popular Posts

Monday, February 25, 2019

PENGALAMAN PERTAMA KALI KEGUGURAN : Keguguran pada minggu ke-11 !! dan pengalaman cuci rahim.





Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini dah masuk hari ke-20 Kak Sya dalam sesi berpantang selepas keguguran anak ke-4 tempoh hari pada minggu ke-11. Baru rasa ada masa sedikit nak update blog. Saat-saat keguguran tempoh hari wajib kak Sya update dalam blog sebab ia merupakan satu pengalaman yang Kak Sya tak nak dan tak boleh lupakan.

Pertama kali mengalami keguguran membuat Kak Sya lebih membuka mata terhadap kesengsaraan dan kesedihan ibu yang mengalami keguguran. Serius, sebelum ni dengar orang keguguran, Kak Sya rasa keguguran ni biasa-biasa je. Tapi, Subhanallah...keguguran ini adalah sangat memberi kesan kepada ibu-ibu dari segi kesihatan dan emosi ibu-ibu.

The story begin..

Hari-hari Kak Sya seperti biasa. Tiada tanda-tanda seperti sakit bahagian perut atau sakit-sakit senggugut sebelum keguguran. Tapi 2 hari sebelum tu Kak Sya ada menyuarakan kebimbangan kepada husband terhadap kandungan sebab mengandung kalini  paling lewat pergi check-up. Belum pernah jumpa doktor dan scan selepas tahu mengandung haritu. Jadi bagitahu husband kalau jadi apa-apa pada bayi kita tak tahu apa-apa.


4/2/2019 (Isnin)

4.00pm

Sebenarnya dari pukul 3.00pm lagi Kak Sya dah rasa tak selesa kat bawah tu, tapi Kak Sya terus tidur je. Pukul 4.00pm Kak Sya terbangun dari tidur petang. Bila berjalan terasa ada benda melekit dan licin di bawah. Kak Sya dah rasa lain macam. Pergi toilet dan cek terkejut ada kesan darah berwarna coklat gelap. Time ni Kak Sya terfikir mungkin pendarahan ''spotting'' di awal kehamilan. Tiada yang serius kot. Tapi terdetik juga di hati tentang tanda-tanda keguguran. Sebab orang cakap spotting ni tanda darah tak banyak, mungkin sebesar 10-20 sen. Tapi pendarahan Kak Sya ni boleh dikatakan banyak juga sebab hampir selekeh satu seluar dalam dengan cecair tu. Abistu, lekas-lekaslah Kak Sya telefon husband bagitahu. Husband Kak Sya ketika itu kelu tak tahu nak cakap apa dan apa nak buat.

Lepas darah coklat tu keluar, baru Kak Sya ada rasa sakit-sakit seperti senggugut. Kat bawah rasa tak selesa dan pinggang rasa lenguh-lenguh. Ajak husband pergi hospital malam tu jugak sebab risau akan keadaan bayi dalam kandungan ditambah risau sebab tak pernah jumpa doktor dan scan apa-apa lagi.

8.00pm

Hari tersebut adalah malam sebelum raya Cina. Sesampai di Hospital Columbia Asia, staff nurse dah bagitahu doktor emergency sahaja yang ada pada ketika itu. Doktor pakar tiada. Ok takpelah kami teruskan juga cek. Bila tiba giliran bagitahulah doktor semua yang Kak Sya alami. Doktor cuma buat kesimpulan, ini adalah tanda-tanda awal keguguran. Rasa macam tak puas hati sangat. Dahla dapat jumpa doktor emergency sahaja, doktor hanya cek tuala wanita tanya darah warna apa dan cek-cek perut tekan-tekan camtu je.

Kak Sya bagitahulah doktor tak boleh ke buat scan atau apa-apa?. Lagipun ini pertama kali saya nak scan baby. Sebelum tu memang dia dah bagitahu, dia tak boleh cek sebab machine semua dekat klinik pakar. Doktor tu nampak macam nak tolong sesuatu jadi dia bagitahu saya akan tolong cek tapi machine yang dia guna ni mechine radiology ke ntah apa ntah. Hanya boleh scan biasa sahaja. Tidak detail seperti boleh cek degupan jantung dan ukur saiz baby. Kak Sya rasa bersyukur dah time ni. At least dapat tahu keadaan baby camna. Concern Kak Sya ketika ini baby masih ok atau tidak maksud Kak Sya boleh diselamatkan lagi atau tidak. Kalau baby dan kandungan masih boleh diselamatkan, doktor mesti beri ubat kuatkan rahim supaya kandungan boleh bertahan. Kak Sya takut sangat kalau terjadi apa-apa pada bayi sedangkan kita boleh mengambil langkah awal untuk selamatkannya.

Kak Sya ditolak ke sebuah bilik lain yang ada machine tersebut. Hati berdebar-debar sangat. Pertama kali dapat scan baby ke-4 Kak Sya ni walaupun tak sempurna check-upnya. Doktor scan perut dan Kak Sya melihat bersama, ada kelihatan kantung dan janin di dalamnya tapi doktor bagitahu tak nampak degupan jantung. Bila tanya doktor biasanya dah boleh lihat degupan jantung pada minggu-11 kandungan. Kak Sya pun dah tak ingat macam mana rupa jantung baby tu bergerak. Adalah sedikit perasaan sedih ketika ini, tapi doktor tu macam tak sure. Dia bagitahu mungkin sebab jantung baby tak form lagi atau baby memang dah tiada. Kak Sya rasa masih ada harapan lagi sebab yang cek ni pun bukan Gynea atau doktor pakar bidan. Malam tu Kak Sya dibekalkan ubat kuatkan rahim sahaja. Kak Sya kena makan 4 tablet terus sekali gus pada malam tu dan bekalan ubat untuk hari seterusnya selama satu minggu. Kak Sya dinasihatkan makan 2 biji sehari, siang dan malam. Balik dengan keadaan yang agak sedih dan dengan sedikit harapan tiada apa yang berlaku pada baby.


5/2/2019 (Selasa)

Sepanjang hari dari pagi bleeding coklat pekat dan sakit hanya rasa senggugut yang ringan sahaja. Kak Sya ada terfikir kalau ini adalah keguguran, rasa macam nak tunggu dia turun sendiri je sampai bleeding betul-betul. Tapi petang tu husband ajak beli barang kat luar tapi Kak Sya cakap Kak Sya tak nak sebab risau dengan kandungan. Kalau boleh tak nak berjalan banyak. Tapi terfikir ada tak klinik pakar wanita yang buka pada cuti am, cuti Tahun Baru Cina ni. Kalau ada nak sangat pergi scan baby dengan sempurna. Boleh tahu keadaan baby dengan sebaiknya. Sebab semalamnya dah call satu klinik yang boleh scan baby ni, tapi doktor dah mula bercuti dan akan masuk seminggu lepas tu. Kak Sya dan husband pun cubalah survey lagi klinik-klinik yang boleh scan di hari cuti am ni. Alhamdulillah jumpa satu Klinik ni boleh buat scan pada hari ni. Klinik Arissa dekat Taman Sri Pulai Perdana.

2.00pm

Lega sangat di saat-saat tertanya-tanya ni dapat juga buat check-up baby dengan sempurna. Kak Sya dah redha ketika ini jika ada sesuatu yang berlaku terhadap kandungan. Bila doktor scan atas perut, doktor dah dapat agak sesuatu yang berlainan iaitu janin yang dilihat adalah lebih kecil dari yang sepatutnya. Dan tiada degupan jantung baby kelihatan. Untuk kepastian dan untuk diagnosis yang betul, doktor perlu scan dari bawah juga. Setelah di ukur saiz janin, doktor mengatakan yang janin tidak berkembang dari minggu ke-8 lagi. Lepas dengar diagnosis tersebut, Kak Sya lapangkan dada dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk Kak Sya. Husband juga begitu.

Doktor tersebut buat surat rujukan ke hospital untuk buat d&c. Husband minta dirujukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sebab kalau Hospital Sultanah Aminah (HSA) dikhuatiri ramai. Kami buat keputusan untuk malam tu juga pergi ke hospital sebab first time keguguran, ikut jela cakap doktor. Seeloknya buat cepat sebab janin yang tak berkembang dah lama dalam perut, dikhuatiri menjadi racun dalam badan dan memudaratkan kesihatan. Kak Sya memang dah ada rasa pening-pening time ni.

8.30pm

Sampai di HSI, terus menuju ke bilik saringan dewan bersalin. Dengan surat rujukan yang Kak Sya bawa, dikenakan bayaran RM30 untuk rawatan selanjutnya. Lepas daftar, salin kain hospital dan disuruh baring. Doktor tanya bleeding banyak mana dan berapa kali tukar pad. Pada tahap ni Kak Sya bleeding tak banyak dan tak sikit juga lah. Tapi darah dah tukar warna merah fresh dan dah ada serpih-serpih darah beku keluar.

Doktor pelatih scan tengok kantung baby dan janin macam biasa. Dia nak tahu kantung masih ada atau tidak baru dia beri konsultasi. Lepas tu dia cek bawah, dia masukkan mulut itik dan dia macam ada masukkan alat dan korek sikit-sikit. Lepas tu dia bersihkan dan lap-lap darah kat bawah tu. Lepas tu dia minta nasihat doktor pakar pulak. Doktor pakar datang scan perut sekali lagi dan dia tak bagi buat d&c lagi sebab kalau boleh mereka galakkan kandungan gugur sendiri. Biasanya tunggu 2 minggu, lagipun Kak Sya baru bleeding 2 hari. Jadi mereka suruh balik dahulu. Jika ada turun darah ketul dengan banyak atau kantung dan janin dah keluar baru datang semula. Kak Sya ikut jelah kata doktor. Mereka pun pelik juga kenapa doktor dari klinik Arissa tu terus suruh buat d&c sedangkan doktor tersebut adalah doktor pakar kerajaan dari HSA. Kak Sya pun tak tahulah.



6/2/2019 (Rabu)

1.50am

Kak Sya terjaga dari tidur dan lepas tu dah tak senang tidur sebab rasa sakit makin kuat ketika ini. Ada rasa macam ada benda nak keluar dari bawah tu. Macam padat je rasa benda menekan kat bawah. Pusing kiri, kanan semua tak kena. Rasa sakit datang menjadi-jadi selepas beberapa minit lepas tu. Sakit contraction !!. Sakit macam nak beranak. Sakit datang selang dalam 5 min camtu. Kak Sya dah rasa ini adalah petanda nak gugur.

2.15am

Sakit sangat-sangat bila rasa ada benda nak keluar kat bawah tu. Kak Sya cuba cari position yang buat Kak Sya lebih selesa tahan sakit. Positionnya adalah duduk atas kaki berlipat. Macam duduk ala-ala orang Jepun duduk sopan tu tapi ni style mengangkang sikit hahahha.... Untuk bagi lega sakit Kak Sya membongkok ke depan beralaskan bantal atas riba. Memang rasa lega sikit sakit dan Kak Sya boleh rasa benda tu senang nak keluar. Bila datang sakit contraction tu, Kak Sya tahan lah sorang-sorang sakit cam nak beranak tu tapi takdelah sampai nak menjerit macam biasa Kak Sya beranak heheh..sakit lagi wooo kalau beranak betul-betul..sebab baby dah besar. Lepas habis sakit contraction yang pertama, yang tahap high pitch tu, Kak Sya cuba gerak sikit dan cuba nak bangun, bruuuuuppp......mencurah-curah darah beku keluar sambil rasa suam je kat bawah tu sebab darah fresh keluar dari badan. Cepat-cepat pergi toilet tengok. Satu pengalaman sebab tak pernah tengok darah beku sebanyak itu sebab bila bersalin sebelum ni kat hospital, kita tak menghadap darah-darah tu. Nurse yang bersihkan. Period pun takda la sampai banyak darah beku camtu. Sampai banjir terkeluar-keluar darah beku tu ke dalam seluar pulak sebab tak sempat diserap dalam pad lagi. Nak pengsan rasa. Tercari-cari juga kalau-kalau ada rupa janin dan kantung tapi tak ada.

Dah salin seluar dan pad baru, sakit tu datang lagi lepas tu, time ni sama rasa sakit dia. Aduhh...tahan sakit contraction lagi dengan kedudukan yang sama. Dah abis rasa sakit ni, bangun semula. Sekali lagi bruuuuupp...darah beku keluar dengan banyaknya dan panas je rasa. Pergi toilet lagi nak bersihkan. Kalini perasan ada something yang keluar sekali warna macam peach2 gitu. Keluar dari toilet laju pergi kejutkan husband dan bagitahu dia, benda tu dah keluar. "benda" tu merujuk kepada kantung dan janin. Kak Sya yakin jela sebab warna dia lain dari warna darah-darah beku tu. Bila tunjuk dekat husband, dilihat betul-betul kelihatan jari-jari kecil di atas darah-darah yang gelap tu. Ya Allah baby la tu bang !!!...subhanallah, tak sangka dapat tengok janin yang dah tak bernyawa iaitu anak ibu sendiri. Serta merta bergenang air mata melihat anak syurga ibu. Dah ada mata, tangan, kaki dan mulut. Ayah pun melihat dengan sedih la kot. Senyap je dia. Ish masa menulis ni pun bergenang jugak air mata bila teringat. Ibu tarik nafas panjang-panjang ambik ketenangan.

Lepas dua kali rasa contraction ni, rasa sakit dah semakin kurang. Darah beku keluar dari semasa ke semasa seiring dengan rasa mild contraction. Lepas turun darah banyak ni dan janin pun dah keluar, Ibu tak berhajat nak pergi terus ke hospital sebab tak nak kena korek-korek kat bawah lagi lepas dah kena korek siang tadi. So ibu bagitahu ayah nak pergi lepas breakfast nanti.

10.30am

Sesampai di HSI, di bilik saringan sekali lagi, disuruh baring dan discan macam biasa. Lepas dah turun darah banyak tu, di tahap ni doktor nak lihat masih ada tak saki baki sisa kandungan dalam rahim. Doktor scan dan dia kata masih ada dan mulalah sesi korek-mengorek lagi nak bersihkan. Kak Sya nak buat apa, tadah aja lah demi kesihatan. Lagipun teringat dulu lepas bersalin anak ke-2, Kak Sya masih lagi rasa sakit sengal-sengal dekat rahim. Itu disebabkan sisa-sisa kandungan, uri atau darah masih tertinggal dalam rahim. Tapi tak lama lepas tu dah ok dah. Mungkin dah turun dengan sendirinya. Kalau doktor tak cuci kasi bersih sekarang, kemudian hari, Kak Sya juga akan rasa sakit.



Lama juga doktor pelatih cuci rahim Kak Sya. Asyik keluar masuk je mulut itik tu dan dimasukkan alat untuk korek sisi-sisa kandungan tu. Sakit la wei jangan tanya tau ! nyeri rasa, sampai terkepit-kepit rasa kulit kat bawah tu. SENAK !!!! bila die tak puas korek pakai alat-alat tu dia masuk tangan pulak kat bawah. Seluk dalam-dalam k. Bila tengok glove dia tu macam darah cover hampir satu penumbuk dia. Bila berjaya dikeluarkan sedikit doktor tu tunjuk pada Kak Sya ada tak sisa-sisa daging macamni keluar kat pad awak?. Kak Sya cakap yang ini tak ada lagi tapi Kak Sya ada perasan sikit-sikit masa sampai kat hospital tu. Mungkin dia baru nak keluar. O doktor cakap yang tadi tu baru keluar darah bekulah?....ooo Kak Sya pun baru lah lebih jelas. Daging-daging tu la yang nak dikeluarkan daripada rahim. Kalau tertinggal boleh sakit dibuatnya dan akan berlaku jangkitan. Daging-daging tu macam daging uri anak kita. Dia berjaya keluarkan in pieces atau pecah-pecah sebab dia korek pakai alat kan.

Dah 20 min Kak Sya rasa dia korek. Itu pun tak berjaya habis keluar. Dia boleh cakap tak berapa nampak sangatlah scan, awak minum air segelas dulu, bagi pundi kencing penuh. Nanti kita scan lagi....Adussss kenapa tak cakap awal-awal, kalau tahu macamni Kak Sya tak bagi korek lagi, sampailah rasa pundi kencing penuh. Nasib-nasib..Kak Sya dah menggigil kesejukan terkangkang tahan kena korek tadi. Nak sambung balik??..

Kali ni pundi kencing dah penuh. Sekali doktor pakar datang. Doktor pelatih berilah segala maklumat dari awal kepada doktor, siap kena marah lagi sebab tak confident bagi jawapan. Doktor pakar scan sekali lagi dia pun dapati masih ada lagi sisa yang tertinggal. Doktor ni memang best giler sebab rasa tenang je bila dia bagi penerangan lepas tu dia pujuk habiskan dekat sini. Kalau tak kena tolak OT Room untuk buat d&c. Kat dalam OT sana, nanti awak lagi sakit sebab kena bius, nak kena cucuk tangan la dan macam-macam prosedur lain lah. Ok Kak Sya lapangkan dada tarik nafas panjang-panjang bersedia untuk kena korek lagi. Tapi kali ni doktor pakar buat tak sakit pun. Rasa macam berjalan lancar je. Dia bagi arahan pun kita tenang je. Dia cuba masuk alat-alat tu balik dan korek sikit-sikit dan Alhamdulillah dia scan balik dah takde dah cebisan tu. Rasa lega sangat. Tak tahu dia buat macam mana tapi sekejap je dah jumpa. Berakhirlah penyiksaan korek-korek ni. Kak Sya ucap banyak-banyak terima kasih kat doktor pakar tu. Actually prosedur yang Kak Sya jalankan ni pun prosedur d&c juga. Tapi secara manual guna alat-alatan dan tangan. Syukur nak masuk OT Room tu pun Kak Sya seram jugak. Paling tak suka kena cucuk tangan tu. Sakit jarum besar. Syukur dah selesai semua.  Terus boleh discharge dah.

1.00pm

Doktor nasihat kalau nak mengandung semula sebaiknya lepas 3 bulan atau lepas period dah datang beberapa bulan. Rahim dalam proses penyembuhan daripada luka-luka yang mungkin dialami daripada proses d&c tu.

Begitulah cerita Kak Sya keguguran buat pertama kali dalam hidup. Semoga Kak Sya diberi kesihatan berpanjangan dan selepas kehilangan ni akan membuat Kak Sya lebih dekat denganNya. InsyaAllah.

Friday, December 7, 2018

Resepi Onion ring dengan tepung bestari


Along: ibu jangan masak lagi tau. Along nak bagitahu nak masak apa.

Ibu: ?? Nak masak apa?

*Along berlari-lari dapatkan beg sekolah dan ambil template makanan dan tunjuk ibu sesuatu

Along: nak ini. *tunjuk gambar onion ring



Sebenarnya dah 3 hari Along request nak ibu masak Onion ring. Tapi tiap kali dia mintak, ibu bagi alasan dah masak. Makan apa yang ada aja. Tapi semalam, sebelum ibu masak dia dah ingatkan ibu awal-awal untuk masakkan onion ring dulu. Haahah kesian la pulak..

Nasib baik bahan-bahan semua ada di rumah.
Resepi ibu mudah aja. Bila teringat ada tepung bestari di dapur rasa semangat juga nak buat. Tepung ni memang super sedap kan.

Okla ini resepi mudah ibu.



Bahan-bahan:
Bawang holland sebiji (besar)
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung bestari (saya campurkan yg original dan yg pedas)
Air
Garam (tak letak pun tak apa)

Cara-cara:
1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas. Bancuhan agak pekat sedikit supaya mudah disalut dengan bawang.
2. Salutkan bawang holland dengan bancuhan tadi.
3. Goreng sehingga keperangan.
4. Siap boleh dihidangkan bersama apa-apa sos.

*ikut citarasa, tepung bestari boleh diletak lebih.

Cuti sekolah ni memang tak boleh diet kan. Anak-anak kerja makan je. Ibu pun “terjoin” sekali la. Habis diet ibu.
Sedapnya onion ring tepung bestari ni sampai tak puas makan. Ibu cicah dengan sos BBQ. Sekali sekala tak apalah menikmatinya kan. 

Ok korang jangan lupa cuba juga tau. Boleh juga ajar anak makan sayur. Bawang yang diorang selalu tolak ke tepi tu, tiba-tiba jadi suka pulak.


Thursday, December 6, 2018

Cara merawat luka puting berdarah dengan cepat


Sakit dan pedihnya hanya ibu-ibu yang pernah merasa sahaja yang tahu. Termasuklah Kak Sya. Kalau nak tahu pengalaman Kak Sya boleh baca link ni. My story :Tips merawat puting luka supaya tidak terus menangis sewaktu bayi menyusu.

Bila puting luka ni kita perlu ambil tindakan segera dengan merawatnya. Bukan teruskan breastfeed baby..hehe macam aku je tu. Kak Sya haritu bagi jugak time sakit-sakit tu. Lepastu luka makin teruk berdarah dan macam nak bernanah.

Bila luka berlaku ni, apa yang perlu dielakkan adalah sebelum luka itu menjadi lebih teruk seperti mengelak daripada terkena jangkitan dan bernanah. Jadi seeloknya berhenti daripada terus menyusu secara direct dan rawat luka tersebut terlebih dahulu.

Selain merawat dari luaran, Kak Sya juga merawat luka dari dalaman dengan mengamalkan mengamalkan vitamin-vitamin penting untuk merawat luka dengan cepat seperti vitamin C, ESP, Vivix dan B-complex.


vitamin-vitamin yang Kak Sya amalkan

Sustained Release VITA-C Plus
  • antioksidan untuk mengelak kerosakan sel-sel tubuh
  • anti virus yang kuat selain bertindak sebagai anti bakteria dan anti kulat.
  • menggalakkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang sihat dan licin. Semakin meningkat usia, semakin kurang penghasilan kolagen oleh tubuh badan.


ESP
  • sumber protein untuk menggalakkan pembinaan sel-sel baru bagi merawat luka.
  • mempunyai kandungan asid amino untuk pembentukan semua jenis kolagen.
  • mampu mengurangkan parut luka.


Vivix
  • kaya dengan antioksidan membantu melindungi dan membaiki sel. 
  • mengelakkan risiko kerosakan sel seperti luka lambat sembuh dan bernanah
  • menguatkan imunisasi badan supaya tidak mudah jatuh sakit seperti demam.


B-complex
  • mampu mengawal mood dan emosi ibu ketika menyusu. Emosi yang baik mampu merangsang penghasilan susu badan.



Jadi, dengan izinNya dan asbab vitamin-vitamin di atas, luka puting Kak Sya mampu baik dengan cepat dan Kak Sya dah boleh menyusu secara direct semula supaya tidak menggangu pengeluaran susu badan. Takut susu merundum pulak kalau lambat-lambat.

Siapa yang ada masalah yang sama dan nak berkongsi masalah dengan Kak Sya serta nak order vitamin Shaklee boleh pm Kak Sya ye.
http://www.wasap.my/60196030603


Pengedar sah Shaklee Skudai
fb: Rosyati Kadis
ig: vitamin_kita

Wednesday, December 5, 2018

My story : Tips merawat puting luka supaya tidak terus menangis sewaktu baby menyusu.


Assalamualaikum w.b.t

Oleh sebab Kak Sya baru-baru ni menghadapi masalah puting luka, Kak Sya ingin jugalah berkongsi pengalaman Kak Sya dalam mengharungi salah satu liku seorang ibu dalam menyusukan. Kalau nak tahu, puting luka adalah salah satu masalah yang Kak Sya takuti bila tiap kali dapat anak selain daripada sakit beranak dan sakit kena episotomi.

gambar sekadar hiasan

Puting luka bukan lah masalah baru bagi Kak Sya. Tetapi pengalaman baru-baru ni memang satu pengalaman yang paling teruk bagi Kak Sya sepanjang ada 3 orang anak ini. Menyusukan anak ke-3 ni paling teruk kena puting luka.

Puting luka Kak Sya kali ni paling lama Kak Sya hadapi dan masalah itu asyik berulang-alik. Lepas kena sebelah, puting sebelah pula luka. Tak habis kat situ, lepas baik luka lama, ada pulak luka atau "crack"' baru di kedua-dua puting. Mula-mula sangat teruk sebab Kak Sya menyusu juga sakit-sakit tu, sampai luka tersebut berdarah. Selama sebulan lebih la masalah berlarutan. Tuhan sahaja yang tahu macammana sakitnya bila menyusu. Kak Sya kekal positif dan kuatkan semangat untuk teruskan breastfeed Radhiyah sehingga ke penghujungnya.


Punca puting luka

Radhiyah ketika ini, sudah berumur 1 tahun 4 bulan. Time ni Radhiyah tengah banyak tumbuh gigi. Lepas satu-satu gigi dia tumbuh. Sekarang tinggal gigi taring je tak tumbuh lagi. Gigi geraham pun dah ada.

Kak Sya dapati masalah Kak Sya ni berpunca daripada pertumbuhan gigi dia yang tumbuh dari semasa ke semasa. Selain selalu dah kena gigit, Radhiyah jugak macam lekap dengan tidak betul bila menyusu. Sebab sebelum dia ada gigi, Kak Sya tak ada pula mengalami masalah puting luka ni.
Kak Sya ada baca ketika ini, gusi bayi sedang bengkak, dia mungkin menukar cara penyusuan supaya dia lebih selesa.

Bayi memang menghisap dengan kuat bila menyusu. Kalau tidak betul lekapan, memang boleh jadi puting luka. Ini lah yang terjadi pada Kak Sya. Bila Kak Sya nak bagi aja susu pada dia, memang selalu dia akan tak sabar-sabar nak "bergayut". Bila laju-laju nak masuk mulut kat puting tu, itu sebab la tidak lekap dengan betul. Dengan ada gigi-gigi baru dia, lagi macam susah nak lekap dengan betul. Kak Sya memang dah rasa tidak selesa ketika itu. Lama-lama jadilah luka tu.


Bagaimana rawat puting luka

Kak Sya rawat puting luka dengan cara mudah sahaja. Memang cepat baik. Dalam 2 hari, luka tersebut dah baik dan sudah boleh menyusu semula.


  • Sapu luka dengan air susu badan. 
    • Sapu selepas setiap kali penyusuan.
    • Kalau boleh ambil susu yang pekat di akhir-akhir penyusuan.
    • Biarkan kering sebentar.

  • Sapukan Nipple Cream.
    • Lepas sapukan susu, sapukan nipple cream pula. 
Kak Sya guna Pigeon nipple care cream.

  • Amalkan vitamin
    • Vitamin-C - Baik untuk kulit dan menyembuhkan luka dengan cepat
    • ESP - sumber protein untuk menggalakkan pembinaan sel-sel baru bagi merawat luka
    • Vivix - kaya dengan antioksidan membantu melindungi dan membaiki sel. Mengelakkan risiko kerosakan sel seperti luka lambat sembuh dan bernanah.
vitamin Kak Sya amalkan


Apa perlu buat bila rawat puting luka


Oh ye, sementara tunggu luka sembuh tu, Kak Sya tidak beri ''direct'' pada Radhiyah. Kak Sya keluarkan susu dengan teknik "marmet" dan berikan Radhiyah susu dalam sippy cup. Nasib baik Radhiyah tak ada masalah minum dalam sippy cup. Boleh juga gunakan pump untuk keluarkan susu. Alhamdulillah 2 hari dah sembuh. Luka tu dah bercantum balik. Susu ibu mempunyai 1001 khasiat termasuk ia mampu mengubati luka di puting payudara.

Nipple Cream perlu juga untuk melembapkan puting bagi mengelak puting luka. Bila kawasan tersebut kering, lagi mudah terjadinya crack/luka.

Kak Sya memang dah lama mengamalkan vitamin. Antara vitamin kegemaran Kak Sya adalah Vitamin C, ESP dan Vivix dari Shaklee.

Alhamdulillah sekarang masalah puting luka Kak Sya dah beransur pulih. Dalam masa yang sama, Kak Sya akan pastikan lekapan ketika bayi menyusu adalah betul bagi mengelakkan masalah ini berlaku lagi. Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Semoga azam Kak Sya untuk berjaya menyusukan Radhiyah selama 2 tahun berjaya dengan izinNya.

Kak Sya pengedar sah Shaklee. Jika ada yang berminat ingin tahu tentang produk-produk Shaklee atau nak order vitamin, boleh pm Kak Sya di sini ye. 👉http://www.wasap.my/60196030603

Sekian. T.kasih.


Thursday, November 22, 2018

My Story : Minum susu tapi masih tidak cukup.




Selama ni Kak Sya cuma minum 2 gelas sahaja satu hari iaitu pagi dan malam.
Tapi untuk cukupkan keperluan nutrisi kalsium seorang dewasa iaitu 1000mg kalsium satu hari, Kak Sya kene minum 5 cawan seperti di atas.

Dan oleh kerana Kak Sya menyusu bayi, keperluan kalsium adalah 1300mg satu hari, jadi Kak Sya kene minum lebih lagi iaitu dalam 6-7 gelas satu hari.

Honestly Kak Sya yang jenis boleh minum susu dan takda rasa nak muntah atau loya seperti orang lain yang tidak boleh minum susu pun tak mampu nak minum sampai 6-7 gelas satu hari.

Korang pula ???

Larat tak nak minum susu sampai 6-7 gelas satu hari? (kalau tidak ambil dari sumber lain, seperti sayur, cheese, yoghurt etc.)

Jadi sebab itulah Kak Sya topup keperluan kalsium Kak Sya dengan makanan tambahan atau supplement walaupun Kak Sya ada juga makan produk-produk tenusu yang lain dan sayur-sayuran.
Keperluan kalsium penting bagi Kak Sya sebagai ibu menyusu untuk memberi nutrisi penting yang secukupnya untuk badan ibu dan juga bayi.

Kajian menunjukkan wanita menyusu bayi akan kehilangan sebanyak 3 hingga 5 peratus jisim tulang selama 6 bulan penyusuan susu ibu.
Sebab itu jika tidak diambil berat tentang keperluan kalsium tubuh badan, kita akan berisiko untuk mendapat Osteoporosis atau kerapuhan tulang/ patah tulang.

Walaupun kita tidak nampak kesan kekurangan kalsium dalam badan, terutama pada peringkat awal, but something is happening inside us. Takkan nak tunggu kena baru nak bertindak?

The choices are there WAITING for us to Choose.

Jadi korang rasa melalui pemakanan korang, cukup tak sumber kalsium dalam badan ? kalau masih tidak cukup, wajarlah korang bertindak segera. Klik sini untuk sebarang pertanyaan dan order 👉http://www.wasap.my/60196030603




ID: 1282281
Your Trusted Shaklee Distributer
fb: Rosyati Kadis
ig : Vitamin_kita

Saturday, November 17, 2018

Atasi radang jantung dengan Omega Guard


Bersempena promosi Omega Guard pada bulan November ni, Kak Sya nak cerita sikit tentang masalah radang / inflammation.


Apa itu radang / inflammation ?

Dulu sebelum Kak Sya masuk bidang nutrisi ni, Kak Sya pun tak tahu apa itu maksud radang. Sekarang dah faham dan boleh la nak berkongsi sedikit dengan korang.

Bagi yang tidak tahu, radang itu adalah suatu tindak balas tubuh yang normal terhadap luka atau jangkitan. Contohnya jika jari korang terluka, biasanya dalam waktu yang singkat, kita akan perasan akan terjadi bengkak dan merah di sekeliling luka tersebut. Inilah yang dikatakan radang.

Sistem imun badan menghasilkan sel-sel khas di bahagian luka dan melakukan proses pembaikan. Boleh jadi proses ini akan mempercepatkan proses penyembuhan atau mungkin radang tersebut menjadi lebih berbahaya.




Harini nak cerita sedikit tentang radang jantung.

Pernah tak korang rasa..

  • sesak nafas
  • jantung berdegup kencang atau tidak teratur
  • rasa nyeri di dada
  • rasa lelah

Itu maksudnya otot jantung mengalami keradangan, di mana ianya tidak boleh mengepam darah dengan baik. Keradangan ini adalah merbahaya jika dibiarkan boleh mendatangkan komplikasi lebih teruk seperti, pembekuan darah, serangan jantung dan strok.

Dengan mengamalkan Omega Guard yang mempunyai kandungan asid lemak Omega-3, tubuh badan mampu menukar asid lemak tersebut menjadi antiperadangan yang sangat baik. Dengan ini dapat memberi kelegaan terhadap sakit radang seperti di atas.

Setelah diteliti pakar perubatan, supplemen Omega adalah baik juga untuk masalah kesihatan lain seperti radang sendi atau arthritis. Selain itu dapat mengelak dari risiko penyakit kanser, masalah mata dan sakit-sakit pada tubuh badan.

Jadi untuk mengatasi masalah keradangan ini, adalah disarankan untuk amalkan Omega Guard yang diambil sebanyak 3 biji satu hari untuk pastikan tubuh badan mempunyai nutrien penting untuk mengatasi masalah-masalah kesihatan.




Promo promo promo Omega Guard. Nak order boleh klik di sini
👉🏻http://www.wasap.my/60196030603

Rosyati Kadis
Phone: 0196030604
Fb: Rosyati kadis
Instagram : vitamin_kita
Your Trusted Shaklee Distributor

Kenal YOUTH lebih dekat



Produk SHAKLEE YOUTH SKIN CARE ini adalah Rangkaian Penjagaan Kulit Muka / Skin Care Shaklee yang 100% semulajadi (natural) dan dijamin bebas dari parabens, phtalates, hydroquinon, mercury.



Tampil lebih muda luar dan dalam dengan YOUTH SHAKLEE SKIN CARE

Diformulasikan dengan 6 langkah mudah untuk :
✅Membersih
✅Menyegarkan
✅Mengaktifkan
✅Melindungi
✅Merawat
✅Menceriakan

Dalam 1 Set YOUTH SKINCARE ada 6 item :

1. Luminous Gel Oil Cleanser
‎2. Perfecting Skin Toner
3. Youth Activating Serum
4. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
5. Advanced Renewal Night Cream (Rich or Light)
6. Radiance C + E Capsules

Tanpa 2500 bahan kimia berbahaya menjadikannya produk skincare paling selamat di pasaran.
Dengan kajian klinikal age skin index, membuktikan 100% pengguna youth mendapat kulit 10 tahun lebih muda.

Age skin index adalah kajian klinikal terbaru dalam dunia perubatan.The key to beautiful, younger-looking skin is cell renewal with YOUTH

Berminat dengan rangkaian produk YOUTH, sila klik di sini 👉www.wasap.my/60196030603



Rosyati SID 1282281
No tel: 0196030603
fb : Rosyati Kadis
instagram : vitamin_kita
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Shaklee Skudai